Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TRANSFORMASI (Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) - Coggle Diagram
TRANSFORMASI
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
HASRAT KSSR
Untuk melahirkan insan yang seimbang,berfikiran kreatif,kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang
Ingin melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
Pekerja yang berilmu
PENGENALAN
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekkolahan rendah sedia ada.
Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi caabran abad ke 21.
Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah yang perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
FOKUS KSSR
4 M
Menulis
Mengira
Membaca
Menaakul
KSSR memastikan selepas 6 tahun persekolahan, murid mencapai standard pengetahuan,kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.
PRINSIP KSSR
PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial. Setiap potensi murid di kembangkan secara bersepadu.
PENDIDIKAN SAKSAMA UNTUK SEMUA MURID
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang
PENDEKATAN BERSEPADU
-Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial
PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
EMK yang sedia ada adalah bahasa,sains dan teknologi,pendidikan alam sekitar,nilai murni dan patriotisme.
EMK yang terbaru iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi yang dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Bertujuan untuk kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.