Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
6 ASPIRASI MURID (PPPM 2013-2025), MAZIDAH BINTI MUHAMAD D21200194 -…
6 ASPIRASI MURID (PPPM 2013-2025)
KEMAHIRAN BERFIKIR
Menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif.
Murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif.
-Pemikiran kreatif dan inovatif
-Pemikiran kritis dan penaakulan
-Keupayaan belajar.
KEMAHIRAN MEMIMPIN
Sistem Pendidikan Negara ini dapat membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang normal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.
Kepimpinan mempunyai 4 unsur:
Berdaya tahan
Kecerdasan emosi
Keusahawanan
Kecerdasan emosi
Kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting.
IDENTITI NASIONAL
Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.
Bangga dengan kepelbagaian sosiobudaya -agama, etnik, sosioekonomi,
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara.
Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian
PENGETAHUAN
Selain pengetahuan bidang ini, murid perlu mempunyai keupayaan mengaplikasikan keperluan dalam situasi harian.
Murid mesti menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.
Pada masa yang sama, murid digalakkan mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain seperti muzik, seni dan sukan.
-Murid perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi
-Ciri ini melengkapkan murid-murid dengan kemahiran hidup asas.
-Fungsi ini untuk murid memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat.
KEMAHIRAN DWIBAHASA
Setiap murid akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar/ Bahasa Kebangsaan.
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Murid digalakkan menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan
ETIKA DAN KEROHANIAN
Fokus kepada Nilai
Integriti
Tanggungjawab sivik
Kerohanian
Memupuk nilai etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang ditempuhi dalam kehidupan dewasa agar mereka dapat menyelesaikan konflik secara harmoni, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal.
MAZIDAH BINTI MUHAMAD
D21200194