Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL, HALLENGER 2 - Coggle Diagram
MODEL KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
KONSEP
Kepemimpinan instruksional merujuk kepada satu entiti yang berbeza daripada urusan rutin pentadbiran di sekolah tetapi yang berkait rapat dengan pengurusan pentadbir dalam penyediaan tugas guru di kelas dan pemantauan kemajuan murid, (Sheppard,1996)
Selain itu, Drake & Roe (1986) pula mendefinisikan kepemimpinan instruksional sebagai sebarang usaha ke arah menggalakkan dan menyokong pihak- pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat sekolah dan pembentukan satu sistem sosial sekolah yang kukuh.. Pemimpin organisasi perlu memahami cara untuk memupuk kesediaan ini supaya pekerja akan lebih komited terhadap perubahan yang dilaksanakan.
MODEL
Model Alig-Mielcarek (2003)
Mengenal pasti dan menyebar
matlamat bersama-sama
Bekerjasama secara kolaboratif dengan staf untuk mengenal pasti dan menjelaskan matlamat sekolah. Matlamat digunakan untuk dijadikan panduan membuat keputusan organisasi, menentukan amalan pengajaran, pembelian bahan kurikulum, dan membina sasaran untuk kemajuan. Matlamat ini akan menjadi fokus utama untuk dicapai.
Mengawal dan memberi balas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Dimensi ini menjelaskan aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin instruksional dalam bidang akademik. Ini termasuklah sentiasa kelihatan di sekolah, berbincang dengan murid dan guru, memberi pujian dan makluman balas kepada guru, murid dan komuniti dalam hal prestasi akademik dan akhirnya memastikan waktu pengajaran di sekolah tidak terganggu.
Mewujudkan pembangunan
profesional sekolah secara meluas
Amalan yang konsisten terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Pemimpin instruksional meminta guru belajar lebih tentang pencapaian murid berdasarkan analisa data, menyediakan pembangunan profesional yang sejajar dengan matlamat sekolah, dan menyediakan bahan dan sumber guru.
Model Hallinger (2000)
Merangka matlamat sekolah
Menyampaikan matlamat sekolah
Penyeliaan dan penilaian Instruksi
Menyelaras kurikulum
Memantau kemajuan pelajar
Melindungi waktu
Membudayakan Perkembangan Profesional
Mengekalkan ketampakan
Menyediakan ganjaran kepada guru
Penguatkuasaan standard akademik
Menyediakan insentif kpd pelajar
Model Weber (1996)
Mendefinisikan
Misi Sekolah
Pemimpin instruksional membina secara kolaboratif visi dan matlamat bersama-sama sekolah dengan pihak berkepentingan
Mengurus Kurikulum dan Pengajaran
Pemimpin instruksional memantau amalan bilik darjah dengan misi sekolah dan menyediakan sumber dan sokongan untuk amalan model dan teknik pengajaran terbaik serta menyokong usaha penggunaan data bagi memacu pengajaran
Menggalakkan Iklim Pembelajaran yang Positif
Pemimpin instruksional menggalakkan iklim pembelajaran yang positif dengan menyampaikan matlamat, menetapkan jangkaan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur
Memerhati dan Meningkatkan Pengajaran
Pemimpin instruksional memerhati dan mempertingkatkan pengajaran melalui usaha pencerapan dan mewujudkan peluang-peluang pembangunan profesional
Menilai Program Pengajaran
Pemimpin instruksional menyumbang kepada usaha perancangan, mereka bentuk, mengurus dan menganalisis hasil penilaian yang menilai keberkesanan kurikulum