Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan Guru Menguruskan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif, Rujukan …
Peranan Guru Menguruskan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
Persekitaran Fizikal
Memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan tersusun dan fleksibel seperti susun atur meja dan perabot.
Memastikan keadaan persekitaran dalam keadaan yang sesuai dari aspek pengudaraan, pencahayaan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan bersih seperti mengadakan jadual bertugas untuk murid-murid.
Susunan ruang bilik darjah tidak berada dalam keadaan sesak supaya mudah untuk murid-murid dan guru bergerak.
Pastikan susunan kedudukan pelajar membolehkan guru untuk berinteraktif dengan mudah.
Menyediakan sumber bahan pengajaran untuk memudahkan murid-murid membuat rujukan seperti mengadakan sudut bacaan.
Persekitaran Psikososial
Menurut Wragg (1994), persekitaran psikologi adalah hubungan antara dua orang atau lebih boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi
Guru perlu memastikan suasana bilik darjah yang mesra dan selesa
Bilik darjah mestilah bebas dari ancaman dan bahaya fizikal
Memahami dan menerima perasaan murid serta berlaku adil.
Guru haruslah sensitif dan peka terhadap perbezaan individu murid dan bangsa serta adab resam murid
Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang merangsang pembelajaran
Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
Peraturan dan Rutin Bilik Darjah
Peraturan yang dibentuk mestilah bermakna dan dipersetujui oleh semua murid dalam bilik darjah.
Ayat peraturan mestilah ringkas dan jelas untuk memudahkan murid-murid faham dan jelas.
Elakkan dari menggunakan perkataan " jangan" dalam menetapkan peraturan.
Peraturan yang dibina mestilah adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran.
Hadkan bilangan peraturan bilik darjah.
Guru yang menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas sebagai guru disiplin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).
Rujukan
Amjad Shahir.(2019).
EDUP 3043 Pengurusan Bilik Darjah
. Retrieved from:
https://anyflip.com/ibomh/hxsa/
Azh Ari.
Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah
. Retrieved from:
https://www.academia.edu/9537942/13_Tajuk_5_Pengurusan_Bilik_Darjah
Dana Jugat.(2013).
Peranan Guru Dalam Bilik Darjah
. Retrieved from:
https://www.academia.edu/35774661/Peranan_Guru_dalam_pengurusan_bilik_darjah
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Vol.7, Bil.2.
Che Nidzam, Kamisah & Laila. (2010). Persekitaran pembelajaran: Aspek fizikal dan psikososial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
FATIN RIFQAH BINTI MUHAMMAD ZA'IM
FARAH WAHIDA BINTI YAHAYA
PISMP PAKK AMBILAN JUN 2020