Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF…
PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF BAGI MEMBINA HUBUNGAN YANG POSITIF DI DALAM BILIK DARJAH.
PERSEKITARAN FIZIKAL
PENYEDIAAN RUANG AKTIVITI
Guru wajarlah memikirkan mengenai jenis aktiviti pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah seperti bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan oleh murid.
Penyediaan bahan atau ruang pengajaran dan pembelajaran yang lengkap seperti alat tulis, bahan rujukan, sudut bacaan NILAM dan tong sampah memberikan perasaan senang dan bersedia murid untuk menerima pengajaran.
SUSUNAN BILIK DARJAH
Guru perlulah memastikan susunan meja murid adalah tidak sesak, tiada halangan antara murid dengan kedudukan guru dihadapan kelas serta guru mudah untuk mendapatkan murid.
Menurut teori Jacob Kounin menerangkan kepentingan akan kesedaran guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Oleh itu, guru seharusnya bijak mengatur dalam keadaan bilik darjah sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
SENSITIF DAN PEKA TERHADAP PERBEZAAN INDIVIDU
Guru menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai dan lengkap dari aspek visual, muzik dan pergerakan.
Howard Gardner (1983) telah menyatakan dalam Teori Pelbagai Kecerdasan semua insan mempunyai kecerdasan (kognitif) yang tertentu. Dengan mengaplikasikan alat bantu mengajar yang pelbagai mampu meningkatkan tahap keyakinan murid semasa pembelajaran dijalankan. Perkara ini juga mampu memudahkan guru bagi menangani ketidakfokus murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam kelas.
MEWUJUDKAN HUBUNGAN YANG MESRA DAN SELESA
Guru hendaklah sentiasa mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah agar guru tidak dilihat sebagai “pilih kasih” dengan memberikan galakan seperti kerap memanggil nama murid dan melibatkan kesemua murid untuk aktif dalam bilik darjah.
Menurut Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson, kanak-kanak mempunyai tiga reaksi emosi yang asas iaitu rasa sayang, marah dan takut. Hasil pembentukan emosi positif yang dilakukan oleh guru dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada murid.
RUJUKAN
Ahmad Firdaus Mohd. Noor, Kamarul Azmi Jasmi, K. A. S. (2016). Pembinaan Hubungan di antara guru dan pelajar. Jurnal Teknikal Dan Sains Sosial, 0(2010), 138–148.
Article, O. (2020). Darjah Ke Arah Pembentukan Model a Study of Four Dimensions of Classroom Management Toward Model Formation of. 4(2), 119–136.
Mohd Hasani, D., & Mohamad Johdi, S. (2009). Pengurusan bilik darjah. Noraini Idis Dan Shuki Osman, Pengajaran Dan Pembelajaran: Teori Dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill, 161–188.
Nidzam, C., Shaharim Saidatul Ainoor, & Asmayati Yahaya. (2016). Kesesuaian Persekitara. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(1), 101–120.
Presson, J., Hashim, N. H. B., Ahmad, M. A. S. Bin, Naylor, C., Shultz, K. E., Apple, … Kenyon, M. C. (2013). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Journal of Islamic and Arabic Education, 12(1), 102. Retrieved from
http://www.stanford.edu/group/redlab/cgi-bin/materials/Kwek-Innovation
In The Classroom.pdf%5Cn
http://www.designshare.com/images/chap6_designing_new_learning_environments.pdf%5Cnhttp://www.cde-pc.it/documenti/tesi_setting_aula.pdf%5Cnhttp://www.acot2.com%5Cnhttp://ww
Siti Raihanni, S. (2015). Kajian Pengajaran: Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran Jenis-Jenis Ayat. Indonesia 6th Indonesian Conference on Lesson Study (6th ICLS), 323–329.
Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95–108.