Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTADBIRAN - Coggle Diagram
PENTADBIRAN
-
-
Ciri-Ciri Organisasi
Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan contohnya di IPG. Pada dasarnya organisasi pengurusan dan pentadbiran dimana bahagian ini terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Manakala organisasi pengurusan kurikulum akan melibatkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata kerana ia merupakan kelengkapan pelaksanaan dalam sesebuah organisasi.
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk menghasilkan satu identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana ia melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebuah pusat penyelidikan dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain.
Pengurusan
Merupakan satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama,penyertaan dan penglibatan ahli- ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat.
-
-
Definasi
Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi merupakan satu unit sosial, penyatuan usaha dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.
Pentadbiran
Merupakan satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.