1. Persekitaran Fizikal:
:female-teacher::skin-tone-2: Menurut Weber (2006), seorang guru perlu memastikan persekitaran fizikal bilik darjah berada dalam keadaan yang kondusif agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang selesa (Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail, 2018).
:female-teacher::skin-tone-2: Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek misalnya susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan.
:female-teacher::skin-tone-2: Terdapat garis-garis panduan berkaitan penggunaan ruang di dalam bilik darjah:
:star:Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang.
Guru perlu memastikan murid dapat melihat dengan jelas pengajaran guru dengan cara memerhati papan putih daripada tempat duduk murid.
:star:Kedudukan guru berdekatan dengan murid.
Guru mestilah duduk berdekatan dengan semua murid agar mewujudkan peluang interaksi antara guru dengan murid.
:star:Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat.
Susunan hendaklah membuka ruang kontak mata antara guru dengan murid dan mengelakkan susunan yang membataskan pergerakan guru ke tempat murid.
:star: Ruang trafik yang selesa
Susun atur di dalam bilik darjah boleh memudahkan pergerakan kepada murid serta guru di dalam bilik darjah tanpa halangan dalam melakukan pelbagai pergerakan.
:star:Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran
Bahan pembelajaran seperti buku rujukan, buku latihan dan buku cerita dapat membantu murid untuk mengakses maklumat dan menggunakan bahan tersebut sebagai tambahan dalam pembelajaran. Bahan tersebut perlulah disimpan dengan baik supaya mudah diakses.
:star:Kebersihan
Guru perlu memastikan bilik darjah mempunyai peralatan kebersihan seperti penyapu, penyodok sampah, tong sampah dan pemadam papan putih. Guru perlu menetapkan jadual bertugas bagi murid melaksanakan tugas masing - masing bagi meningkatkan kebersihan kelas selain dapat meningkatkan sikap berdikari. Guru perlu memastikan murid - murid melaksanakan tugas yang diberi.