Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
c074288f9a099aad34f0fe7b3247e5c5 BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA - Coggle…
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
-
K1 TEMA
Tema yang ditengahkan oleh prosa tradisional ini adalah tema kebijaksanaan pemimpin dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kerajaannya.
-
K3 NILAI :question:
1) Nilai baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam.
3) Nilai pengorbanan.
Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban iaitu baginda menceraikan isterinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.
4) Nilai keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.
2) Nilai Kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api pada pokok kayu bakau, nyirih dam tumpu api-api pada waktu malam hingga cahaya api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai sehingga menakutkan askar siam.
K4 PENGAJARAN :question:
2) Kita perlu bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah. Contohnya Sultan Muzaffar Syah bijak dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak
3) Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Contohnya Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja Tun Perak sebagai Bendahara Melaka.
1) Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. Contohnya: Tun perak dan tentera berani menentang tentera Siam
4) Kita sepatutnya sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan. Contohnya Tun Kudu sanggup berkorban menjadi isteri kepada Seri Nara Diraja semata-mata untuk mendamaikan pergaduhan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak.
-
-