Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERIBAHASA MELAYU - Coggle Diagram
PERIBAHASA MELAYU
SEDIH (K1)
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam Amat sedih, sampai tidak lalu makan dan minum :check:
-
-
USAHA (K2)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih . Maksudnya Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. :check:
-
Alah bisa, oleh biasa / Alah bisa tegal biasa Maksudnya perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat. :check:
PENGKHIANATAN (K3)
Gunting dalam lipatan Maksud : Orang yang kita sangka kawan sebenarnya musuh yang sedang merancang untuk menjatuhkan / mengkhianati / menjahanamkan kita. Orang yang kita percaya tetapi berbuat khianat. Orang yang ada niat untuk mencelakakan kawan baiknya sendiri. :check:
Musuh dalam selimut Maksud:musuh yang kita tidak diketahui yang berada dekat dan sekeliling kita.Ia adalah orang dekat yang berkhianat diam-diam.Musuh yang berasal dari kalangannya sendiri;Musuh dekat yang dapat membuat celaka. :check:
Api dalam sekam Maksud: Kejahatan yang dilakukan dalam diam-diam. Ancaman yang tidak kelihatan yang mana lebih membahayakan. Ianya juga adalah bermaksud perbuatan jahat ataupun dendam yang tersembunyi/disembunyikan :check:
Tikam belakang Maksud:tikam belakang paling senang difahami adalah 'BELOT'.Membelot atau menyebelahi musuh;berkhianat lalu memihak kepada musuh;tidak setia:Pembelot orang yang lari lalu memihak kepada musuh;orang yang belot;pengkhianat. :check:
TOLONG-MENOLONG (K5)
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama :check:
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Maksudnya, Kata sepakat yang dicapai dalam perbincangan dan pemuafakatan :check:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Maksudnya menghadapi susah dan juga senang bersama-sama :check:
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah . pengagihan hasil dan keuntungan secara sama banyak :check:
-
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi .Maksunya , harus saling tolong-menolong supaya sama-sama berjaya. :check:
IBU BAPA (K4)
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring peringatan agar kita sebagai ibu bapa sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kerana kita adalah contoh tauladan kepada anak-anak. Bagaimana kita ingin membentuk anak yang baik jika diri kita sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai murni? :check:
Syurga dibawah tapak kaki ibu . Peribahasa ini bermaksud tentang peranan ibu bapa yang sangat indah kerana ia memberikan peringatan kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dab juga anak. Bagi si anak, peribahasa ini mengingatkan supaya sentiasa mentaati dan menghormati ibu kerana redha seorang ibu diperlukan oleh seorang anak untuk masuk ke syurga :check:
Bapa borek anak rintik. Maksudnya anaknya menurut baka ayahnya , contohnya kelakuan dan lain lain. :check:
Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi . Maksudnya sifat dan perangai anak sama seperti ibu dan juga bapanya. :check:
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan . Maksudnya, kelakuan sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan orang luar sehingga mengabaikan anak yang merupakan darah daging sendiri. :check:
Bagai menatang minyak yang penuh. Maksudnya Anak yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan penuh sempurna :check: