Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penterjemahan Al-Quran - Coggle Diagram
Penterjemahan Al-Quran
Maksud
Dari segi bahasa
- Menyampaikan sesuatu percakapan kepada orang yang tidak mendengarnya.
- Menghuraikan maksud sesuatu percakapan dalam bahasa yang sama.
- Menghuraikan maksud sesuatu percakapan dalam bahasa lain.
- Memindahkan sesuatu percakapan dari satu bahasa ke bahasa lain.
Dari segi istilah
“Menyampaikan makna sesuatu percakapan dalam sesuatu bahasa ke suatu bahasa lain dengan memastikan keseluruhan maksud serta objektif yang terkandung di dalamnya dapat difahami.”
Jenis-jenis
Terjemahan Harfiyyah/Lafziyyah:
memindahkan lafaz-lafaz al-Quran dari Bahasa Arab kepada lafaz-lafaz yang seumpamanya dalam bahasa lain dengan gaya bahasa dan susunan ayat yang sama.
Penterjemah secara Harfiyy akan berusaha untuk memahami setiap perkataan dalam sesuatu ayat al-Quran
kemudian beliau menukarkan perkataan tersebut dengan perkataan yang sama makna dalam bahasa lain dan meletakkannya ditempat yang sama seperti asal, sekalipun ia membawa kepada kesamaran maksud disebabkan perbezaan dalam gaya bahasa kedua-dua bahasa tersebut.
Terjemahan Maknawiyyah/Tafsiriyyah: menerangkan makna sesuatu ayat al-Quran dengan bahasa lain tanpa terikat dengan gaya bahasa dan susunan asal ayat tersebut.
Penterjemah secara Maknawiyy akan berusaha mendapatkan maksud yang dikehendaki dari sesuatu ayat dan berusaha memahaminya
kemudian beliau akan menyampaikan maksud tersebut dalam bahasa lain, dengan susunan serta gaya bahasa yang digunapakai dalam bahasa tersebut, tanpa terikat dengan susunan atau gaya bahasa asal ayat tersebut.
Hukum
Terjemahan Harfiyyah:
HARAM
kerana ia boleh merosakkan makna dan kesucian al-Quran dan ia boleh menyebabkan sesetengah pihak menganggapnya sebagai al-Quran serta menimbulkan kekeliruan mengenai statusnya
-
-