Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bilik darjah yang kondusif untuk murid bagi mencapai mewujudkan…
Bilik darjah yang kondusif untuk murid bagi mencapai mewujudkan pembelajaran bermakna
Bilik darjah yang kondusif
Bilik darjah yang kondusif dapat membantu murid-murid untuk mendalami serta merangsang mereka untuk terus berdaya saing dan menerapkan sikap kerjasama di bilik darjah (Pejabat Pendidikan Daerah Muar, 2015)
Persekitaran Fizikal
Guru memastikan susun atur meja di bilik darjah berada dalam keadaan yang selesa (Che Nidzam et al., 2014).
Murid-murid tidak terhalang apabila guru mengajar di hadapan
Proses PdP dapat berjalan dengan lancar secara tidak langsung berlakunya pembelajaran bermakna kepada murid-murid
Pencahayaan di bilik darjah haruslah berada dalam keadaan yang tidak terlalu terang atau tidak terlalu gelap.
Mengikut kesesuaian dengan cuaca persekitaran bilik darjah
Boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan murid-murid hilang fokus ketika proses PdP berjalan
Guru perlu memastikan segala peralatan di bilik darjah sentiasa diselenggara.
Mengelakkan berlakunya kecederaan kepada murid-murid
Murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat
Peraturan & Rutin Bilik Darjah
Menyediakan peraturan kelas dengan persetujuan murid-murid
Peraturan tersebut dipaparkan di bilik darjah supaya murid-murid sentiasa peka agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Memastikan murid-murid mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan
Melakukan dendaan atau hukuman jika didapati melanggar peraturan (Polat et al., 2013)
Contoh denda: kelas tahanan, aktiviti sukarelawan
Persekitaran Psikososial
Guru memilih gaya kepimpinan yang bersesuaian bagi proses PdP (Baharuzaini et al., 2016).
Contohnya gaya demokratik di mana gaya ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kerana berlakunya interaksi antara guru dan murid-murid
Guru memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk berkolaboratif.
Dapat menerapkan nilai kerjasama antara murid-murid serta memantapkan lagi kemahiran bersosial mereka.
Guru sentiasa peka dengan segala perubahan yang berlaku kepada murid-murid
Mengambil berat akan kebajikan mereka.
Merujuk kepada pihak yang sepatutnya jika perkara tersebut di luar kawalan guru