Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia (KBSR, KBSM, KSSR,KSSM) - Coggle…
Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia (KBSR, KBSM, KSSR,KSSM)
Sukatan Pelajaran KBSR
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 27 Jan 1999, menyarankan Kementerian Pendidikan menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam (PI) dengan memberi penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih berkesan kepada murid-murid sekolah.
-
Pada 8 Mac 2001 YAB Perdana Menteri telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan Sukatan Pelajaran (Petikan dari Kertas Dasar Semakan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM 2000 Bahagian kurikulum Pendidikan Islam dan Moral )
Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
-
KSSR & KSSM
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Mulai tahun 2011, KSSR dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.
Standard kandungan bermaksud penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai.
standard pembelajaran pula bermaksud satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang bolehdiukur bagi setiap standard kandungan.
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.