Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sejarah Pendidikan Islam di Nusantara - Coggle Diagram
Sejarah Pendidikan Islam di Nusantara
THAILAND
Mulai dari abad ke-13 dimana Agama Islam menapakkan kakinya di kerajaan Pattani dan kemudian menjadi majoriti di wilayah tersebut.
Walaupun wilayah Islam di selatan Thailand berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi politik namun di bidang pendidikan, anak-anak muslim masih boleh menuntut ilmu.
Setiap hari mereka belajar di sekolah pemerintah sekuler dan selepas itu mereka belajar membaca dan memahami al-Quran di sekolah Islam yang dibimbing oleh orang tua.
Sekolah-sekolah pondok juga didirikan di samping masjid sebagai pusat pengajian utama dan masih menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan dalam mempelajari Islam.
SINGAPURA
pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga kini.
Pendidikan agama Islam di Singapura dijalankan mengikuti tradisi dan sistem persekolahan moden.
Sistem tradisional, mengikuti pola pendidikan Islam berdasarkan sistem persekolahan pondok Malaysia dan Patani atau pesantren di Indonesia.
sistem moden adalah melalui sistem sekolah yang merujuk ke Mesir dan Barat, yang dikenali dengan madrasah, sekolah Arab atau sekolah agama.
Dari seluruh madrasah Islam sebanyak enam buah, seluruhnya di bawah naungan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sistem pendidikan diterapkan dengan memadukan ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum.
Keenam madrasah itu adalah madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah, madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, madrasah Alsagoff Al-Islamiah, madrasah Aljunied Al-Islamiah, madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.
INDONESIA
Institusi pendidikan Islam merangkumi pendidikan menengah ( SMA ) atau dayah, surau, dan pesantren yang diyakini sebagai pendidikan tertua di Indonesia.Ketiga-tiga institusi ini memiliki nama yang berbeda, akan tetapi memiliki pemahaman yang sama baik secara fungsi, operasi dan mekanikal.
Bentuk, sistem dan method pesantren di Indonesia dapat dibagi kepada dua aliran;
1) Aliran Ampel (salaf) yang mencerminkan kesederhanaan secara komprehensif.
2) Aliran Gontor yang mencerminkan kemodenan dalam sistem, method dan fizikal bangunan
Persamaan yang dimilki dua aliran ini adalah bahwa kedua-duanya tidak mengeluarkan ijazah negeri kepada bekas pelajarnya dengan keyakinan bahwa pengakuan masyarakatlah sebagai ijazahnya.
Kerajaan melalui Kementerian Agama telah mengeluarkan kebijaksanaannya dalam pendidikan, dengan mendirikan sekolah, Madrasah Aliyah dan IAIN dengan tujuan mengeluarkan ulama yang dapat menjawab tantangan zaman dan memberi kesempatan kepada warga Indonesia yang majoriti muslim mendalami ilmu agama.
Ijazah pun telah disetarakan dengan pendidikan umum sesuai dengan keadaan semasa. Dengan demikian lulusan madrasah dapat disetarakan dengan lulusan sekolah umum negeri.
Oleh kerana masih kedapatan kelemahan dalam sistem tersebut , beberapa lembaga pendidikan alternatif berusaha memenuhi berbagai tuntutan dan keperluan masyarakat. Sekolah-sekolah agama berbentuk persendirian/swasta yang kini banyak dibina merupakan respon dari fenomena di atas.Bentuk pendidikan ini dilengkapi dengan kurikulum yang bersamaan dengan yang terdapat pada pesantren dan sekolah umum.
Terbukti dengan adanya sejumlah sekolah ini telah dapat melahirkan “Huffadz” (penghafal al-Quran) yang lahir dari sekolah-sekolah tersebut.
BRUNEI
sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada pendidikan Islam di peringkat universiti.
Pendidikan pada ketika itu secara tidak resminya dijalankan menerusi rumahrumah, masjid-masjid dan surau-surau dan tidak juga ketinggalan dijalankan di istana. Manakala sejarah pendidikan di Brunei tidak di catatkan adanya institusi pengajian pondok seperti yang wujud di tempat lain di Nusantara dan di Tanah Melayu.
pada peringkat awal ini matlamat pendidikan ialah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan fardhu ain bagi membentuk keperibadian Muslim yang sempurna.
Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada mubaligh-mubaligh, pedagang-pedagang Islam, Imam-Imam, Pembesar-pembesar negara dan orang-orang alim setempat ketika itu.
kurikulumnya meliputi persoalan aqidah dan perkara-perkara ibadat serta membaca Al Quran sahaja.
struktur pengajiannya tidaklah berjalan secara terbuka tanpa ada peraturan dan garis pandu yang tertentu.
Pelajaran ugama sebagai satu mata pelajaran mula diperkenalkan di sekolah rendah dalam tahun 1930-an iaitu apabila sistem pendidikan persekolahan secara teratur diperkenalkan. Walau bagaimanapun persekolahan ugama secara penuh dan bersistem bermula dalam tahun 1956, Kewujudan sistem persekolahan Ugama khas ini adalah atas titah perintah perkenan Allahyarham Sultan Omar Ali Saifuddin III iaitu setelah mendapat laporan dan syor berikutan terdapat kelemahan murid-murid di beberapa sekolah Melayu dalam pendidikan Ugama. Oleh yang demikian pendidikan persekolahan ugama secara penuh dan bersistem telah ditubuhkan dengan menggunakan bangunan Sekolah-sekolah Kerajaan Melayu dan Inggeris.
Dalam tahun 1966, Sekolah Arab pertama ditubuhkan iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan berikutnya dalam tahun 1967 Sekolah Menengah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula ditubuhkan
Pada tahun 1972, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan ditubuhkan dengan tujuan untuk membekalkan guru-guru ugama bagi kegunaan Sekolah-sekolah Rendah Ugama. Dalam pertengahan tahun 1970-an, bangunan kekal khas untuk persekolahan rendah