Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Institusi Pendidikan Islam di Malaysia selepas Merdeka - Coggle Diagram
Institusi Pendidikan Islam di Malaysia selepas Merdeka
Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada empat jenis iaitu
· Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)
· Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
· Sekolah Agama Rakyat (SAR)
· Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian (SMKA)
SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan
bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu
Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat
Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian.
terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini
pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan
Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri
Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri
Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasukki Fakulti Pengajian Islam di UKM
Sekolah Agama Rakyat (SAR)
dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain
Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing
Tidak ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah tersebut.
tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri
digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agma Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat.
Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri
Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK)
Pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia
sekolah SAR/SMAR/SAN ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Pengambialihan SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian.
Sekolah‐sekolah berkenaan akan mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian
Sekolah juga akan mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi menampung keperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal.
Jawatan guru dan kakitangan diwujudkan secara hakiki
Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan.
Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji guru serta kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam sistem gred guru kebangsaan. 2011 ‐ 169 buah sekolah telah menjadi SABK.