Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Proses pembelajaran - Coggle Diagram
Proses pembelajaran
jenis-jenis kesediaan belajar
aspek kognitif
Kesediaan belajar dari aspek kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk memahami, memikir dan menaakul dalam keadaan pembelajaran yang baru.
Kognitif adalah satu proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada.
seseorang individu menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya dan mengaplikasikan ingatannya dalam membuat keputusan.
Contohnya, murid-murid sekolah rendah bersedia untuk belajar operasi konkrit apabila mereka masuk ke sekolah menengah dan bersedia untuk belajar operasi yang kompleks.
aspek afektif
Kesediaan afektif pula adalah dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.
melalui perlakuan iaitu sikap kesedaran, minat, prihatin dan bertanggungjawab murid tersebut dalam kesungguhannya melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diberi oleh guru.
melalui kesediaan afektif ini, murid-murid dapat meningkatkan pembelajaran, minat, dan juga persaingan yang sihat dalam kalangan mereka sekali gus dapat memotivasikan murid-murid dengan menganggap pembelajaran adalah suatu bidang yang menyeronokkan dan memberikan suatu kepuasan kepada diri mereka.
Mengikut hukum Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan tindakan, maka tindakan itu dapat memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan jika dia terpaksa melakukannya maka pembelajaran yang terhasil menjadi tidak sempurna.
Contohnya, Nazri meminati subjek Sains kerana menyukai aktiviti eksperimen.
aspek psikomotor
Kesediaan psikomotor pula ialah merangkumi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal.
Kesediaan psikomotor pula bermaksud kesediaan seseorang yang mempunyai potensi dan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal dalam suatu proses pembelajaran yang baru.
kesediaan psikomotor ini adalah berbeza dalam kalangan murid-murid walaupun mempunyai umur yang sama.
kesediaan psikomotor ini adalah berkait rapat dengan latihan yang memerlukan kemahiran yang betul dan latihan yang berterusan.
Contoh, subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik dalam permainan alat muzik piano. Oleh yang demikian, murid-murid dapat memperbaiki psikomotor mereka dengan latihan yang berterusan sebagai persediaan psikomotor mereka.
definisi kesediaan belajar
Menurut kamus Dewan, istilah ‘kesediaan’ bermaksud kesanggupan atau kerelaan manakala istilah ‘belajar’ bermaksud menuntut ilmu pengetahuan.
‘kesediaan belajar’ sebagai keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat atau ilmu pengetahuan dari persekitaran dengan berfikiran terbuka.
Menurut Bruner (1966), kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan
MUHAMAD LUTFI HANIF BIN SHAMSHUL BAHARI 2021122390100