Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KSSR Pendidikan Islam - Coggle Diagram
KSSR Pendidikan Islam
Objektif
Membaca, menghafaz, memahami maksud surah terpilih daripada al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.
Mengaplikasi hukum tajwid dengan betul, membaca dan memahami hadis terpilih.
Meyakini & merumuskan asas-asas akidah, mengamalkan konsep asas ibadah serta mengaplikasi iktibar daripada sirah Rasulullah SAW.
Menghayati & mengamalkan kosep adab serta nilai-nilai akhlak.
Membaca, membina, menulis ayat serta teks dalam tulisan jawi serta menulis khat nasakh dan riq'ah mengikut kaedah yang betul.
Elemen Perpaduan
Konstruk utama
: menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian.
Subkonstruk
menghormati: mengamalkan sikap yang berhemah tinggi, menghargai dan prihatin.
mengurus: mengamalkan sikap yang amanah, adil, dan rasional.
menerima: bersifat terbuka, bertoleransi, percaya dan bekerjasama.
KBAT
Tahap pemikiran dalam KBAT: mengaplikasi, menganalisis, menilai & mencipta
Merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
Pentaksiran bilik darjah
Menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pentaksiran, mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran, mentaksir tahap penguasaan murid serta mengambil tindakan susulan.
Penggunaan DSKP
Guru melaksanakan PdP melalui Standard Kandungan.
Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi.
Kerangka KSSR
Dibina berdasarkan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi.
Strategi PdP
Pendekatan Berpusatkan Murid, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Luar Bilik Darjah, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri & Talaqqi dan Musyafahah.
Elemen Merentas Kurikulum
Bahasa, Kelestarian Alam Sekitar, Nilai Murni, Sains dan Teknologi, Patriotisme, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, TMK, Kelestarian Global, Pendidikan Kewangan.
Matlamat
: membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.
Kemahiran Abad ke-21
bermatlamat untuk melahirkan murid yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang & patriotik.
Fokus:
ilmu, amalan, amali, penghayatan dan pembudayaan.
Terdapat 6
tahap penguasaan
yang mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum.
Organisasi Kandungan
: Al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab & Jawi.