Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL bardo-leather-jacket-black - Coggle…
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
-
-
TEMA :question:
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong dan terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan.
PERSOALAN K1 :question:
Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong. Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang baik kepada mas dan rakan-rakannya.
Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik. Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan : ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
-
LATAR K3 :question:
MASA
Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah
Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.
MASYARAKAT
-
-
Masyarakat tidak berkemampuan. -Wanita tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus serta lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap,
TEMPAT
Kedai menjual jaket kulit di Istanbul -tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
-
NILAI K5 :question:
Kegigihan – Pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannya agar membeli barangan kulitnya.
Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
PENGAJARAN K4 :question:
Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang. Contoh - Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai. Contoh - Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian mahupun semasa melancong ke luar negara. Contoh-Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju , 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.