Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH - Coggle Diagram
KAEDAH PENGAJARAN AQIDAH SEKOLAH RENDAH
SOAL JAWAB
Dapat disepadukan dengan kaedah perbicangan bagi mewujudkan sesi PdP yang lebih bermakna
Bersifat dua hala
Guru mengemukan soalan dan murid memberi jawapan
Membantu murid untuk mendapat lebih kefahaman dalam sesuatu tajuk
PERBAHASAN
Murid berfikir untuk menyokong atau membangkang satu pendirian
Membantu murid untuk berfikiran secara logik dan kritis
Membolehkan murid untuk mengembangkan kemahiran mendengar, menaakul dan berhujah
Mengembangkan kemahiran berkomunikasi murid
PERBINCANGAN
Melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.
Menggalakkan pertumbuhan kognitif murid
Melatih kemahiran berkomunikasi murid
Bersifat dua hala
PENERANGAN/SYARAHAN
Berpusatkan guru
Bertujuan memberi keterangan bagi mengelakkan murid daripada keliru
Memastikan semua murid memberi perhatian sepenuhnya kepada guru
Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
INKUIRI PENEMUAN
Membantu murid mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah
Membolehkan murid mencari maklumat secukupnya bagi sesuatu permasalahan
Murid melakukan satu uji kaji/penyiasatan berkenaan satu persoalan
Berpusatkan murid
Memberi kepuasan kepada murid kerana mendapat jawapan setelah berusaha menyelesaikannya