Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONFRONTASI INDONESIA - Coggle Diagram
KONFRONTASI INDONESIA
-
• Penentangan mula muncul selepas Pemberontakan Brunei 7 Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu pemberontakan
• Partai Komunis Indonesia menggunakan kesempatan ini menyelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme yang dirancang oleh kerajaaan British
• Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengumumkan dasar
konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia
Peristiwa Penentangan
-
• Tindakan ketenteraan terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebudu, Sarawak pada 12 April 1963
• Pada 29 Disember 1963, berlaku peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah
• Pada 2 September 1964, berlaku peristiwa pendaratan seramai 30
orang gerila Indonesia di Labis, Johor
• Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera
Malaysia
• Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB
• Kaedah provokasi ini tidak mengubah pendirian Malaysia untuk
bertindak selain cara diplomatik
Langkah Menamatkan
1963
1) Usaha awal menamatkan konfrontasi dilakukan oleh U
Thant, Setiausaha Agung PBB
Beliau mengurus wakilnya C.V. Narasimhan pada bulan Februari 1963 untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu
2) Presiden Macapagal menganjurkan rundingan peringkat pegawai di Manila pada 9 April 1963
Negara kita diwakili oleh Muhammad Ghazali Shafie
3) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo pada 1963
Dalam pertemuan ini, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerangkan tujuan pembentukan Malaysia
4) Tun Abdul Razak Hussein menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila pada 7 – 11 Jun 1963 bagi mencari penyelesaian konfrontasi
Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya
5) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menghadiri mesyuarat bersama-sama Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila pada 31-5 Ogos 1963
Hasil penting ialah penerimaan kerajaan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB terhadap Sarawak dan Sabah
1964
6) Rundingan Malaysia, Indonesia, Filipina berlangsung pada tahun 1964 melibatkan dua persidangan peringkat Menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo
Peranan utama dimainkan oleh Thanat Khoman, Menteri Luar Thailand yang menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia
1965
7) Peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1965 menamatkan konfrontasi
Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi
1966
-
9) Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia – Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966