Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ANALISIS DSKP HADIS TAHUN 4, SURAYA BINTI MOHAMED YASIN D21151377 -…
ANALISIS DSKP HADIS TAHUN 4
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Merumuskan dan menghayati hadis memuliakan tetamu
serta mengamalkan secara beradab & istiqamah
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 menyatakan tuntutan hadis berdasarkan bacaan dan terjemahanya
2.1.2 menyatakan maksud tetamu
2.1.3 mengaplikasi ada memuliakan tetamu
2.1.5 mengamalkan & menghayati tuntutan hadis dalam kehidupan secara beradab & istiqamah
2.1.4 menganalisis kepentingan memuliakan tetamu
STANDARD PRETASI
tahap 1 : menyatakan tuntutan hadis
tahap 2 : menjelaskan tuntutan hadis
tahap 3: mengaplikasi tuntutan hadis dalam kehidupan
tahap 4: menganalisis tuntutan hadis & mengamalkannya dalam kehidupan
tahap 5: menilai kepentingan tuntutan hadis & mengamalkannya secara beradab
tahap 6: merumus kepentingan tuntutan hadis dan mengamalkannya secara istiqamah.
Hubung kait dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Matlamat dan objektif pembelajaran bidang hadis ialah menjadikan murid sebagai seorang hamba Allah yang beradab dan bertaqwa dan menjadikan ilmu hadis sebagai asas dalam tindakan dan benteng dalam kehidupan.
Melalui standard pembelajaran, membaca dan memahami hadis terpilih dan mengamalkan tuntutannya dalam kehidupan harian adalah tujuan utama bidang hadis diajar didalam kurikulum Pendidikan islam tahun 4.
Bukan itu sahaja, murid dapat mengingat,memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan merumus perkara asas tentang ilmu hadis sekaligus menyempurnakan keenam-enam tahap kbat.
Merujuk kepada standard kandungan 2.1, ada menyebut perkataan merumus dan menghayati hadis memuliakan tetamu serta mengamalkan secara beradab dan istiqamah. Disitu dapat dilihat bahawa terdapat elemen kemahiran adab ke-21 seperti menilai dengan berprinsip dan merumus dengan prihatin dan penyayang serta dipraktikkan dalam pembelajaran.
Pelaksanaan pdp PAK21 yang digunakan dalam bidang hadis iaitu adab kepada tetamu contohnya dengan menayangkan video dan nasyid kepada murid sebagai proses dalam memberi kefahaman dan ingatan kepada murid.
Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif murid akan terhasil dengan guru mengemukan soalanseperti, “betul atau tidak tindakan kita apabila datang tetamu kerumah dan kita tidak menghiraukan mereka?”, murid akan menjawab tidak betul dan tidak beradab.
Secara tidak langsung murid telah membuat pertimbang dan keputusan dengan soalan tersebut dan ini dinamakan tahap menilai bagi kemahiran berfikir aras tinggi.
Selain itu didalam unit 2.1 ini terdapat elemen merentas kurikulum seperti bahasa (bahasa arab) dalam lafaz hadis, nilai murni iaitu murid bersikap penyayang dan prihatin kepada orang lain.
Dihujung pdp, guru dapat melihat dan menilai murid dengan melaksanakan pentaksiran, sejauh mana tahap penguasan murid dengan tajuk yang dipelajari sama ada tercapai atau tidak matlamat dan objektif bagi unit ini.
SURAYA BINTI MOHAMED YASIN D21151377
SITI SAKINAH BINTI ISMAIL
D21151367