Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model 6 bulan Khatam al-Quran, DISEDIAKAN OLEH:NUR LIYANAH BINTI RAZMAN …
Model 6 bulan Khatam
al-Quran
Program Khatam al-Quran Modul 6 bulan ialah program yg menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam al-quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6
MATLAMAT PELAKSANAAN
Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid.
Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.
Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra’.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid yang beragama Islam dari tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah
OBJEKTIF KHATAM AL QURAN JQAF
Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.
STRATEGI PELAKSANAAN
Tempoh : 6 bulan pertama
setiap tahun.
Peruntukkan waktu:4 kali seminggu
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah
Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushaf Rasm Uthmani
Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah.
Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran masing-masing.
Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
Iqra`.
Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran perlu diadakan kepada murid yang tidak dapat
membaca (ummi) al-Quran.
Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran dan Pembelajaran Model 6 Bulan
Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran Model 6 Bulan.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid membaca dengan bimbingan guru pembimbing
Guru pembimbing membetulkan bacaan murid
Murid mendengar bacaan contoh dr guru
Guru pembimbing mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian @ mengiyakan
DISEDIAKAN OLEH:NUR LIYANAH BINTI RAZMAN
PISMP PI 5