Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BERPUSATKAN PELAJAR …
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BERPUSATKAN PELAJAR
PRINSIP ASAS PENGAJARAN BERKESAN
Menggalakkan pembelajaran aktif
Kesan: pelajar dapat mengekalkan dan memahami lebih banyak kursus, aktif dalam percakapan, penulisan, perbincangan, dan mengaplikasikannua dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada
Memberi maklum balas yang cepat
Kesan: membantu guru dalam menilai keberkesanan pencapaian matlamat P&P
Menggalakkan kerjasama antara pelajar
Kesan: membantu pelajar membangunkan tanggungjawab bersama semasa interaksi dan meningkatkan pemahaman mereka
Menitikberatkan masa bertugas
Kesan: Pelajar dapat memperoleh ilmu yang sepenuhnya pada setiap sesi pembelajaran dan dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek tersebut. Guru juga perlu berazam untuk menambah ilmu dan kemahirannya agar dapat menjalankan tugas mengajar dengan lebih baik.
Menggalakkan hubungan pelajar dengan guru
Kesan: mendapat pengalaman daripada guru mampu meningkatkan intelek dan emosi komitmen pelajar dalam pembelajaran
Berkomunikasi dengan pelajar
Komunikasi merupakan prinsip pertama untuk pembelajaran yang berkesan, antara cara guru berkomunikasi dengan pelajar ialah:
Berkomunikasi dengan pelajar selepas waktu mengajar: Guru perlulah bersedia untuk membantu pelajarnya. Guru juga boleh menyuruh pelajar untuk berjumpa di pejabat agar dapat berbincang dengan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar memahami isi pembelajaran.
Berkomunikasi dengan pelajar melalui e-mel: Komunikasi ini adalah lebih mudah dilakukan kerana dapat dilakukan pada bila-bila masa dan dapat bertindak lebih pantas tanpa perlu menunggu waktu pejabat. Pelajar yang pendiam juga lebih selesa untuk berkomunikasi bersama guru mereka melalui e-mel berbanding semasa perjumpaan di dalam kelas.
Menghormati pelbagai bakat dan cara pembelajaran
Setiap pelajar mempunyai pelbagai perbezaan yang tersendiri dari segi pengetahuan, bakat, dan perbezaan kemahuan dan cara belajar. Seorang guru perlu sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka di samping menggalakkan pelajar untuk mempelajari kemahiran dan kebolehan baharu.
Mengatur dan bersedia: Guru perlu merancang setiap pembelajaran agar sesuai dengan tahap semua pelajar.
Interaksi dengan pelajar: Interaksi yang berlaku secara dua hala amat penting untuk memastikan perbincangan yang aktid berlaku antara guru dan pelajar.
Adil dan beretika: Guru perlulah sentiasa bersikap adil dalam sesi PdP bersama pelajar untuk menghasilkan kualiti PdP yang baik. Semua pelajar perlu dilayan secara adil tanpa ada diskriminasi dan pilih kasih.
PERANAN SEORANG GURU
Tugas seorang Guru
Guru adalah entiti yang bertanggungjawab dalam mencorak dan membentuk masyarakat untuk menentukan masa hadapan yang bakal mereka hadapi. Justeru, tugas guru meliputi pelbagai bidang.
Antara tugas guru ialah sebagai:
:pen: penyebar ilmu
:pen: penyelidik dan pengurus pembelajaran
:pen: pembimbing dan pembentuk akhlak
:pen: pembina kemahiran sosial
:pen: penjaga atau ibu bapa kepada murid
Keperibadian Guru
:pencil2: Mencontohi Rasulullah SAW dalam menjalani tugas sebagai guru
:pencil2: Sentiasa mengambil berat tentang kelemahan dalam pelaksanaan PdP dan membuat refleksi
:pencil2: Guru juga hendaklah mengetahui, memiliki dan juga menghayati etika sebagai seorang guru
Pelajar yang berbeza
satu konsep kepada keunikan dan ketidaksamaan pelajar mernagkumi aspek kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain
Segi Kognitif
Pelajar mempunyai aras kognitif yang berlainan
Terhasil dari rangsangan yang diterima melalui persekitaran yang berbeza
Guru perlu mengetahui latar belakang budaya pelajar = perbezaan budaya mengelakkan guru dari mengatakan perkataan yang menyinggung perasaan pelajar
Segi fizikal
Pelajar lelaki lebih agresif daripada perempuan.
Guru perlu menyesuaikan tigas-tugas yang diberikan
Segi emosi
Semua pelajar mempunyai tahap emosi yang berlainan kerana berasal daripada keluarga yang berlainan. Terdapat pelajar yang berasal daripada keluarga yang mempunyai kemahiran-kemahiran sosial dan terdapat juga pelajar yang tidak mempunyai kemahiran tersebut
Segi agama
mempunyai kepercayaan yang berlainan kerana mengikuti ugama ibu bapa mereka. Pelajar daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat ibadah yang berlainan
Perbezaan pelajar di dalam kelas memerlukan guru yang mahir dalam merancang proses PdP yang mana gru perlu mengetahui perbezaan individu pelajar terlebih dahulu agar dapat mernacang sistem pengurusan bilik darjah yang efektif