a) Mengadakan Lawatan
Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan mereka. Beliau melakukan sebanyak 122 lawatan ke sekolah, kampung, hospital, dispensari, bilik operasi, pondok polis, unit pasukan keselamatan, buruh, lombong, estet dan bersedia menerima perwakilan. Setiap lawatan mengambil masa dua hari hingga tiga hari. Seterusnya, dengan diiringi oleh isteri, beliau melakukan 20 lawatan ke Kampung Baru dan Kampung Melayu. Sementara itu, isteri beliau menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti.