Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA - Coggle Diagram
BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA
Tanah Pamah
• Tanah pamah banyak terdapat di delta
dan lembah sungai.
• Kawasan yang subur dan sesuai untuk
kegiatan pertanian seperti
penanaman padi.
• Kawasan ini berpenduduk padat kerana
petempatan dan jaringan perhubungan
mudah dibina.
• Sebagai contoh, Delta Sungai Mekong
(Vietnam), Delta Sungai Irrawaddy
(Myanmar) dan Lembah Menam Chao
Phraya (Thailand).
Pinggir Laut
• Semua negara di Asia Tenggara
mempunyai pinggir laut kecuali Laos.
• Laut yang terdapat di Asia Tenggara
adalah seperti Laut Andaman, Laut China
Selatan, Laut Jawa, Laut Sulawesi dan
Laut Sulu.
• Pinggir laut di Asia Tenggara cetek dan
dikenali sebagai pentas benua.
Tanah Tinggi
• Tanah tinggi di Asia Tenggara terdiri daripada banjaran gunung lipat muda dan
banjaran gunung lipat tua.
• Banjaran tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan menganjur ke Asia
Tenggara bermula di Banjaran Arakan Yoma (Myanmar).
• Banjaran-banjaran lain adalah seperti Banjaran Annam (Vietnam), Banjaran
Bilauktaung (Thailand) dan Banjaran Crocker (Malaysia).
Gunung berapi
• Kebanyakan gunung berapi terdapat di Indonesia dan Filipina.
• Beberapa gunung berapi yang masih aktif di Indonesia ialah Gunung Merapi, Gunung Kerinci dan Gunung Krakatau.
• Gunung Mayon dan Gunung Pinatubo pula merupakan gunung berapi yang masih aktif di Filipina