Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM - Coggle Diagram
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM
DI MALAYSIA
ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
Bermulanya kejatuhan Melaka pada 1511M ke tangan penjajah menjadikan bangsa Melayu mulai memasuki zaman kegelapan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, kebudayaan, agama dan pendidikan..
Kedatangan Barat bertujuan memusnahkan pusat penyebaran Islam dan pendidikan Islam di rantau ini selain motif politik dan ekonomi
Mereka menghalang perkembangan agama dan ilmu pengetahuan Islam serta dapat menghidupkan fahaman Kristian terhadap para penduduk.
Namun para penjajah tidak berjaya menukar akidah umat Islam yang sudah dipengaruhi dan dibentuk dengan konsep Islam yang sebenar.
mengganggu gugat perjalanan sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu;
kegiatan dakwah berjalan dalam situasi yang tidak menonjol
kegiatan dakwah terpaksa dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan tentangan ganas daripada penjajah
Kegiatan agama dan pendidikan Islam menjadi perlahan.
Selepas tahun 1854, sekolah al-Quran mula berubah corak apabila ia diambil alih oleh pemerintahan Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris
Sistem pendidikan Islam masih menjadi tumpuan para pelajar. ibu bapa yang sanggup mempertingkatkan lagi tahap pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengajian pondok bermula dan berkembang daripada aktiviti pengajaran di masjid yang menjadi rumah Allah dan tempat pertemuan masyarakat Islam.
pendidikan Islam diperkemaskan lagi melalui sistem madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi dengan infrastruktur dari segi bangunan sekolah, asrama, kemudahan rekreasi dan pejabat pentadbiran.
Pada tahun 1952, satu ordinan pelajaran telah digubal yang dinamakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952
Dalam ordinan tersebut diadakan peruntukan Seksyen 70 mengenai pelajaran agama Islam dan menjadikannya sebagai sebahagian kursus-kursus pelajaran di sekolah bantuan kerajaan.
SELEPAS MERDEKA
Perkembangan pendidikan Islam terus rancak apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
dapat dilihat kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam perundangan dan syor kerajaan dalam perkara berkaitan
Pada tahun 1962 iaitu tahun Akta Pelajaran 1961 mula dikuatkuasakan, pelajaran agama Islam telah diadakan dalam jadual waktu pelajaran biasa kepada murid-murid yang beragama Islam dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu
sukatan matapelajaran agama Islam yang pertama untuk sekolah bantuan kerajaan telah disusun pada tahun 1959.
tahun 1967, sukatan pelajaran pendidikan Islam sekali lagi disusun oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran, Kolej Islam dan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Isi kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah mengandungi beberapa perbezaan sesuai dengan tahap dan umur murid-murid.
Sukatan pelajaran agama Islam di sekolah rendah mengandungi perkara-perkara yang mustahak dipelajari oleh murid-murid dan disusun sesuai mengikut umur serta kebolehan mereka. Antaranya ialah akidah, ibadah, sejarah rasul-rasul, budi pekerti dan bacaan alQuran
Manakala sukatan pelajaran sekolah menengah pula mengandungi perkara-perkara yang mustahak diketahui oleh tiaptiap orang Islam pada peringkat akil baligh. Sukatan tersebut juga disesuaikan dengan keperluan masyarakat dan kepentingan negara. Antaranya ialah fiqah, tauhid, sejarah Islam, ayat al-Quran dan hadis.
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah mengeluarkan satu laporan menyeluruh berkaitan aspek pendidikan negara termasuklah kurikulumnya.
Pada waktu itu juga matapelajaran pendidikan Islam dijadikan matapelajaran teras di peringkat menengah rendah dan menengah tinggi. Selaras dengan itu, ia diwajibkan di dalam peperiksaan.
tahun 1993-Matapelajaran pendidikan Islam terus diperkemaskan setelah diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Matapelajaran pendidikan Islam terus diperkasakan lagi dengan kewujudan program j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, alQuran, bahasa Arab dan fardu ain
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2005 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.
SEBELUM MERDEKA
tidak dapat dipastikan secara tepat bila ianya bermula.33 Namun perkara ini dapat dilihat kepada latar belakang sejarah kedatangan agama Islam ke negara ini yang dikenali dengan nama Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu melalui kegiatan pendidikan yang berlaku pada waktu itu.
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara (kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M - bermulalah perkembangan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.
Keislaman baginda turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan rakyat jelata.
baginda mempelajari Islam daripada para ulama dan pendakwah yang datang berdakwah ke Melaka.
istana dijadikan sebagai salah satu tempat mempelajari ilmu
mereka turut memberikan sanjungan yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan Islam, ulama-ulama, kitab-kitab agama dan hari-hari kebesaran Islam
Para pemerintah Melaka turut menggalakkan rakyat jelata supaya memberikan perhatian yang berat terhadap amalan agama.
terdapat berbagai-bagai institusi pengajian sama ada rumah, masjid, surau atau istana sebagai pusat dakwah dan aktiviti keilmuan.
Sistem pendidikan Islam yang diwujudkan pada waktu tersebut ialah kelas mengaji al-Quran (tidak formal). Pengenalan huruf jawi untuk memudahkan pembelajaran huruf-hurf arab.
Pada peringkat awal, kelas pengajian al-Quran dilakukan di rumah guru yang mengajar al-Quran. Apabila bilangan pelajar-pelajar mulai bertambah, kelas al-Quran kemudiannya berpindah ke surau dan masjid.
Melaka terus berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam sebagai kurikulumnya
Struktur pendidikan dan kurikulumnya hampir sama dengan zaman Rasulullah iaitu penekanan dibuat kepada pembacaan, penulisan dan pengajian al-Quran di samping ilmu-ilmu asas agama.
ZAMAN KHULAFA' AR-RASYIDIN
ALI BIN ABI TALIB
Merupakan pengasas kepada ilmu nahu.
Mewujudkan dasar-dasar pendidikan.
Tidak banyak pembaharuan dapat dilakukan pada Zaman Khalifah Ali Bin Abu Talib R.A kerana beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul.
Walaupun begitu beliau sempat mentamadunkan pentadbiran Negara dengan menubuh dan menyusun pasukan polis yang diberi nama al-syurtah.
Beliau juga melengkapkan angkatan bersenjata dengan menubuhkan beberapa pasukan bersenjata seperti angkatan berkuda, angkatan berjalan kaki, angkatan perisik yang terdiri daripada angkatan perisit sayap kanan, kiri dan belakang.
Pada masa pemerintahannya juga ilmu sains dan matemetik juga mula diperkenalkan.
UTHMAN BIN AFFAN
Pada masa Khalifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam tidak jauh berbeda dengan masa-masa sebelumnya.
Hanya meneruskan apa yang telah sedia ada pada tahun sebelumnya. Namun terdapat juga sedikit perubahan yang lebih mewarnai perkembangan pendidikan agama Islam.
Khalifah Uthman memberi sedikit kelonggaran kepada para sahabat untuk keluar Madinah dan menetap di daerah-daerah yang mereka sukai.
Maka dengan itu, di daerah-daerah yang baru tersebut mereka akan mengajarkan ilmu-ilmu keislaman yang mereka miliki dan dapatkan langsung dari Rasulullah SAW.
Hal ini dapat meringankan umat Islam di daerah-daerah yang baru untuk belajar ilmu agama Islam Melalui para sahabat yang mempunyai pengetahuan yang banyak dalam ilmu-ilmu agama di daerah mereka sendiri atau di daerah yang terdekat.
Khalifah Uthman melanjutkan usaha yang telah dibawa oleh Khalifah Abu Bakar iaitu pengumpulan al-Qur’an dari hafalan-hafalan para sahabat penghafal al-Qur’an.
Khalifah Uthman bin Affan, memerintahkan supaya kumpulan al-Qur’an yang disimpan oleh Hafsah dipinjam untuk disalin kembali.
Tugas penulisan semula al-Quran telah diketuai oleh Zaid bin Thabit dengan dengan beberapa sahabat yang lain iaitu Abdullah bin Zubeir, Abdurrahman bin Harits dan Zaid bin Ash.
Setelah menyelesaikan tugas yang mulia tersebut, khalifah Uthman bin Affan memerintahkan kepada pasukan penyusun untuk menyalin kembali beberapa mushaf al-Qur’an untuk dikirimkan ke Mekkah, Kufah, Basrah dan Syam.
Khalifah Usman sendiri memegang satu Mushaf yang dikenal dengan nama Mushaf al-Imam.
Khalifah Usman meminta kepada seluruh kaum muslimin agar memegang teguh apa yang tertulis di mushaf yang dikirimkan kepada mereka.
UMAR
AL-KHATTAB
keadaan politik di negara dalam keadaan stabil, Khalifah Umar meneruskan usaha yang telah dibawa oleh Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar iaitu memperluas dan menyebarkan wilayah Islam.
Secara umum dapat dikatakan bahwa pada masa Khulafa al-Rasyidin masih belum ada pemikiran baru dalam bidang pendidikan yang menonjol, kecuali sebagai pelanjut dari pendidikan yang ada pada zaman Rasulullahi.
Pada masa Khalifah Umar bin Khattab, sahabat-sahabat besar yang lebih dekat kepada Rasulullah Saw., dan memiliki pengaruh besar dilarang keluar meninggalkan kota Madinah kecuali atas izin khalifah dan hanya dalam waktu yang terbatas.
Dengan demikian penyebaran ilmu para sahabat besar terpusat di Madinah sehingga kota Madinah muncul sebagai pusat studi ilmu keislaman.
Ramai penuntut ilmu telah datang ke madinah untuk menuntut ilmu agama Islam di sana. Oleh hal demikian telah lahirnya ramai ilmuan dalam beberapa disiplin agama, seperti tafsiran, hadis, fiqh dan sebagainya.
Pada waktu itu juga, bahasa pengantar utama yang digunakan adalah bahasa arab. Oleh itu, orang-orang yang ingin menuntut ilmu di Madinah hendaklah menguasai bahasa arab terlebih dahulu.
Selain itu, telah ada tingkat pengajaran, hampir seperti masa sekarang, tingkat pertama ialah kuttab, tempat anak-anak belajar menulis dan membaca/menghafal al-Qur’an serta belajar pokok-pokok Agama Islam.
Umumnya pelajaran diberikan guru kepada murid-murid seorang demi seorang baik di Kuttab atau di masjid pada tingkat menengah.
Khalifah umar juga menggalakkan kepada penduduk kota supaya diajarkan kepada anak-anak berenang, mengendarai kuda, memanah, membaca dan menghafal syair-syair mudah dan peribahasa.
ABU BAKAR AS-SIDIQ
Selepas kewafatan baginda nabi muhammad SAW, tampuk pemerintahan islam telah dipimpin oleh Saidina Abu Bakar As-Sidiq.
Pada waktu itu, ramai umat islam telah kembali kepada agama nenek moyang mereka akibat daripada keimanan yang tidak kukuh.
Selain itu, terdapat juga golongan yang mengaku menjadi nabi dan orang-orang yang enggan membayar zakat.
Saidina Abu Bakar membuat tentangan kepada 3 golongan ini walaupun pada awalnya rancangan tersebut tidak dipersetujui oleh Saidina Umar Al-Khatab.
Tentangan ini dibuat bertujuan untuk mengelakkan lebih ramai umat islam yang masih lemah imannya turut terpengaruh dengan perkara tersebut.
Maka tercetuslah perang Yamamah yang telah mengakibatkan ramai daripada kalangan para sahabat dan juga penghafal al-Quran telah mati syahid.
Oleh itu, Umar bin Khattab mengusulkan kepada khalifah Abu Bakar untuk segera mengumpulkan ayat-ayat suci al-Qur’an dari hafalan-hafalan para sahabat Nabi penghafal al-Qur’an yang masih tersisa.
Saran tersebut pada mulanya tidak diterima oleh Khalifah Abu Bakar, karena hal tersebut tidak pernah dilakukan Nabi. Namun sahabat Umar bin Khattab bisa meyakinkan khalifah Abu Bakar.
Maka Khalifah Abu Bakar merealisasikan saran tersebut dengan menugaskan sahabat Zaid bin Tsabit, seorang penulis wahyu pada masa Rasulullah Saw., untuk segera mengumpulkan semua tulisan ayat-ayat al-Qur’an yang dihafal oleh para sahabat penghafal al-Qur’an.
Zaid bin Tsabit mengumpulkan bacaan al-Qur’an yang ditulis pada pelepah daun kurma, kulit-kulit unta dan dibundelkan dalam sebuah bundelan. Bundelan itu akhirnya diserahkan kepada Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.
Operasi penentangan terhadap ketiga kelompok pemberontak telah berjaya.
Khalifah Abu Bakar hanya menjalankan pemerintahan selama lebih kurang 2 tahun, akhirnya Khalifah Abu Bakar wafat karena sakit.