Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TRAGEDI HUBUNGAN ANTARA KAUM - Coggle Diagram
TRAGEDI HUBUNGAN ANTARA KAUM
• Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga
• Keputusan pilihan raya menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong parti politik yang memprovokasikan keadaan
• Situasi ini mencetuskan rusuhan antara kaum di negara kita
RUSUHAN KAUM
Faktor
• Kesan daripada ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial di negara kita
• Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969 merupakan sebab utama tercetusnya peristiwa ini
• Ketegangan bermula dengan kempen pilihan raya
• Terdapat parti politik mengeksploitasi isu yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum semasa berkempen
• PKM mengambil kesempatan semasa pilihan raya untuk mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan antara kaum
• Parti yang bertanding telah berkempen menggunakan sentimen perkauman dan keagamaanuntuk mendapat sokongan daripada pengundi
• Perarakan kemenangan pilihan raya tidak terkawal menimbulkan kekacauan dan perbuatan provokatif
LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MENGATASI PERISTIWA 13 MEI 1969
Darurat (16 Mei 1969)
• Perlembagaan digantung manakala Parlimen ditangguh
• Mewujudkan pusat perlindungan di beberapa tempat semasa darurat
• Pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung
• Orang ramai tidak dibenarkan keluar dan dikehendaki tinggal di kediaman masing-masing
• Penubuhan jawatankuasa bertugas untuk menyusun semula perkhidmatan penerangan
kerajaan
• Semua berita daripada pihak media ditapis bagi memastikan kesahihannya
• Kerajaan juga memastikan bekalan makanan diperoleh penduduk terutama di pusat perlindungan
• Mangsa rusuhan dipindahkan ke pusat perlindungan di Stadium Merdeka dan Tiong Nam Settlement
• Semangat saling membantu ketika ketegangan dalam kelangan anggota masyarakat dapat dilihat di pusat perlindungan ini
• Pihak berkuasa memagar kawasan Kampung Baru dan menjadikannya kawasan perintah berkurung yang besar
• Sementara itu, tentera memberikan perlindungan kepada penduduk yang berlindung di beberapa kem tentera
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
• Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein
• Dua fokus utama yang perlu diselesaikan oleh MARGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
Tanggungjawab MAGERAN
1) Mengembalikan keamanan dan undang-undang
2) Menentukan pentadbiran yang licin dalam negara
3) Menentukan pentadbiran yang licin dalam negara
4) Menggantung sementara penerbitan semua akhbar sehingga keadaan negara kembali tenang
6) Jabatan Penerangan menapis berita palsu dan menerangkan usaha kerajaan
5) Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948
Peranan Raja
• Raja-raja Melayu turut memainkan peranan dalam usaha memulihkan keadaan negara
• Semasa berlakunya rusuhan kaum, Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah II, menasihati rakyat agar menjaga keamanan
• Berikutan itu, pemimpin masyarakat dan politik negeri Perak menubuhkan Jawatankuasa Muhibah
• Jawatankuasa ini menulis surat merayu penduduk agar bertenang dan membantu negara mengekalkan keamanan
• Di negeri-negeri lain pula, raja turut meminta rakyat agar bertenang dan mematuhi undang-undang