Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep…
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri
Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
Pengaruh keluarga
Keluarga sangat penting dalam hisup seharian manusia terutamanya ibu bapa. oleh itu, ibu bapa dianggap sebagai satu agen yang sangat mempengaruhi dalam tingkah laku seseorang manusia.
Dari keluarga juga seseorang manusia membentuk sikapnya dan belajar tentang kepercayaan.
Pengaruh sosio budaya
Kepelbagaian masyarakat sekeliling dalam kehidupan seharian sangat mempengaruhi manusia.
Perbezaan dari segi adat resam, bangsa, agama dan budaya membentuk sikap menerima antara satu sama lain serta bertoleransi dan tolong - menolong.
Perbezaan sosio budaya ini juga menimbulkan persepsi dan pemikiran yang bebeza antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Baka atau keturunan yang melibatkan ciri fizikal serta kecerdasan
Keprcayaan semula jadi
Wujud daripada corak hidup seseorang manusia dalam sesuatu budaya.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk membina konsep kendiri positif dalam kalangan pelajar
Program
Guru boleh menjalankan atau merancang beberapa aktivtii yang boleh dijalankan pada minggu-minggu tertentu berkaitan kendiri positif
Aktiviti yang dirangka juga boleh bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana mereka lebih ahli dalam hal ini.
Aktiviti
Guru boleh menjalankan aktiviti secara berkumpulan kecil di dalam kelas. Ia bagi meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang murid.
Bermula dari kumpulan yang kecil barulah murid tersebut mampu untuk menonjol dalam khalayak ramai.
Perkhemahan
Pihak sekolah juga boleh merancang aktivtii luar bilik darjah seperti perkhemahan. Selain memberi hiburan ia juga mampu untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri seseorang murid lebih-lebih lagi murid yang introvert.
Walau bagaimanapu, aktivti yang dirangka haruslah bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai.
Pendidikan Luar
Aktivtii yang diinti dalam Pendidikan Luar sangat memberi manfaat dalam membentuk jati diri seseorang individu.
Pelbagai aktiviti boleh dirangka seperti berkayak,servival, berbasikal lasak, orienteering, berjalan dalam hutan dan sebagainya mampu untuk meningkatkan kendiri positif dalam diri seseorang murid.
Disamping itu, ia juga boleh membuat seseorang murid lebih mengenali keupayaan dan potensi yang selama ini tersembunyi dalam diri sendiri. Seterusnya, ia akan menimbulkan yakin diri dalam setiap perkara yang dilakukan murid tersebut.
AINAA SAFWANAH BINTI AHMAD (D21121088)
PROGRAM : PDPP PENDIDIKAN JASMANI 1
SUBJEK : EDUP 2082
PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN