Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep…
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif.
Baka
Baka yang baik sama ada dari segi keadaan mental dan fizikal akan memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri yang positif. Hal ini adalah kerana tubuh badan dan minda yang sihat sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.
‘role model’ iaitu peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya
Ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni serta menunjukkan peribadi yang baik agar menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif sejak dari kecil lagi melalui ibu bapa mereka.
guru juga boleh mempengaruhi perkembangan konsep kendiri positif kepada kanak-kanak. Mereka bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak tersebut dengan membantu mereka membina konsep kendiri yang positif dan melarang mereka daripada melakukan hal yang tidak sepatutnya.
faktor persekitaran seperti sebaran am, budaya serta persepsi dari orang lain
Pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen dan sumber internet memainkan peranan yang penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton. Maklumat yang berunsurkan ilmu pengetahuan dapat membentuk perkembangan konsep kendiri yang positif daripada segi agama dan moral.
kepercayaan seperti agama, keselamatan, kasih sayang dan juga kehormatan diri.
Setiap individu yang berpegang teguh pada agama akan menonjolkan perkembangan kendiri yang positif dalam diri mereka.
penghormatan diri hendaklah diperlihara oleh setiap individu. Khususnya, golongan remaja. Jika mereka sentiasa menjaga kehormatan diri, mereka dapat mencegah diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Sifat malu melakukan perkara yang tidak bermoral adalah konsep kendiri yang positif yang harus ada dalam diri seseorang individu. Hal ini adalah kerana sifat malu dapat membuatkan seseorang individu menjaga maruah dirinya daripada tercemar.
Cadangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk membina konsep kendiri positif dalam kalangan pelajar
aktiviti kokurikulum
guru mengenalpasti kelebihan pelajar-pelajarnya dan memberi peluang pelajar memegang jawatan yang sesuai dengan kebolehannya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
guru perlu selalu memberi bimbingan kepada pelajar yang lemah dalam akademik dan memberi peneguhan apabila mereka berjaya membuat latihan
aktiviti dengan rakan sebaya
guru perlu mengadakan aktiviti pembelajaran berasaskan kumpulan dan perbincangan untuk menggalakkan interaksi dikalangan pelaajr-pelajar
melayan pelajar seperti anak sendiri
guru perlu menunjukkan keprihatinan kepada pelajar dengan mengingati nama-nama mereka , sering bertanya khabar , mengambil berat keadaan pelajar dan sedia membantu pelaajr yang bermasalah
MUHAMAD LUTFI HANIF BIN SHAMSHUL BAHARI (2021122390100)