Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN - Coggle Diagram
PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Kepimpinan
Keupayaan menerima dan melaksanakan tugas sebagai satu amanah dan tanggungjawab, serta keupayaan mengurus sumber ke arah mencapai visi dan misi organisasi.
GAYA KEPIMPINAN
Autokratik
Pemimpin menentukan semua matlamat dan dasar mengenai aktiviti termasuk peraturan, prosedur dan teknik.
Melantik ahli jawatankuasa dan mengagihkan tugas, masa dan tempat.
Ahli-hali tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan cadangan.
Komunikasi sehala dan sentiasa mengarahkan orang bawahan.
Memberi peluang secara peribadi dan kritikan.
Laissez-Fair
Pemimpin memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli untuk membuat keputusan, perancangan dan perbincangan mengenai dasar dan matlamat serta aktiviti.
Ketua tidak melantik ahli jawatankuasa dan tidak mengagihkan tugas, masa dan tempat.
Ketua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan organisasi
Demokratik
Pemimpin menentukan semua matlamat dan dasar mengenai aktiviti termasuk peraturan, prosedur dan teknik dalam aktiviti hasil daripada perbincangan atau mesyuarat di dalam organisasi.
Ahli-ahli diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan cadangan.
Komunikasi dua hala wujud.
Kebebasan diberi untuk melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut cara sendiri.
Ciri-ciri kepimpinan berkualiti
Kemahiran pengucapan umum
Kemahiran menenagkan suasana
Kepakaran
Kemahiran memotivasikan golongan yang dipimpin
Kemahiran memberi penjelasan
Kemahiran mempengaruhi dan mengawal perbincangan
Kemahiran mendengar
Kemahiran pengurusan diri
Peranan pemimpin
Mengagihkan tugas kepada ahli secara seimbang
Mempengaruhi organisasi dan membawa organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi
Menggunakan segala tenaga sumber kerja organisasi, kemahiran dan masa untuk keberkesanan organisasi
Membentuk organisasi yang berinovatif
Mengenal pasti dan penggunaan sumber
Sumber Kewangan
Bantuan Kerajaan
Yuran persatuan gabungan
Yuran ahli
Pertandingan amal
Sumbangan Pihak luar
Majlis makan malam
Jogathon
Sumber Fizikal
Pentadbiran
Kemudahan latihan
Sumber Manusia
Merupakan tenaga kerja mengikut bilangan penduduk serta kemahiran mental dan fizikalnya.
Sumber Teknologi
Komputer
LCD
-Skrin Putih
Digital kamera
Televisyen
Pengurusan sumber manusia
Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan salah satu fungsi menggerakkan sistem berkenaan.
Proses
Mengekalkan pekerja berkelayakan
Menarik minat calon berkelayakan
Pembangunan pekerja berkelayakan
Menentukan keperluan sumber manusia
Bekerja dengan sukarelawan
Sukarelawan adalah salah satu bentuk kegiatan yang memberikan khidmat kepada golongan yang memerlukan.
Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran, dan dapat memberi manfaat kepada golongan / pihak sasaran (Azizan,2009).
Contoh badan sukarelawan
Sahabat Belia Negeri Melaka
PBSM - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
JPAM - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Saint John Ambulance
Rakan Muda