Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) - Coggle Diagram
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
FOKUS MATA PELAJARAN
IBADAH
murid dibekalkan dengan konsep asas ibadah sehingga mereka dapat merumus dan mengamalkan konsep ibadah secara istiqamah dalam kehidupan harian.
SIRAH
murid dibekalkan dengan fakta sirah yang sahih sehingga mereka berkebolehan merumuskan peristiwa sirah Rasulullah SAW dan mengaplikasikan iktibarnya
sebagai bukti kecintaan kepada baginda melalui amalan sunnahnya.
AKIDAH
murid dibekalkan dengan konsep asas akidah sehingga berkebolehan untuk merumuskan kefahaman tentang konsep akidah tersebut serta dapat menjadikannya sebagai asas dalam tindakan.
ADAB
murid dibekalkan dengan konsep asas Adab Islamiyah sehingga murid berkebolehan untuk merumus dan mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan
harian.
HADIS
murid dibekalkan dengan disiplin mempelajari ilmu Hadis sehingga mereka berkebolehan merumus dan mengamalkan tuntutan Hadis tertentu serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan harian.
JAWI
murid dibekalkan dengan kemahiran menyebut, membaca dan menulis huruf-huruf jawi, suku kata, perkataan dan teks jawi sehingga murid berkebolehan membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi.
AL-QURAN
murid dibekalkan kemahiran membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid, boleh menghafaz serta boleh merumuskan pengajaran serta istiqamah mengamalkannya dalam kehidupan harian.
TAHAP STANDARD PENGUASAAN
AMALAN
ILTIZAM
AMALI
PENGHAYATAN
ILMU
PENTABIATAN (TAHAP PENGUASAAN PALING TINGGI)
ORGANISASI KANDUNGAN
memberi penekanan kepada keperluan, kepentingan dan kebolehan yang paling tinggi dapat dicapai oleh murid dalam mengaplikasikan ilmu dan melakukan perubahan tingkahlaku melalui penghayatan ilmu dalam interaksi guru dan murid.
Ilmu merujuk kepada pandangan al-Ghazali diklasifikasikan kepada tiga iaitu Epistemology, Ontology dan Aksiology.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang bermula daripada mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan membuat keputusan serta kemahiran menaakul turut diambil kira