6) menulis surat bantahan:
Pergerakan pemuda melayu (PPM) hantar surat kepada British di London nyatakan bantahan terhadap penyerahan Sarawak, pada tahun 1949, BPS hantar referendum mansuhkan penyerahan Sarawak, mereka hantar surat kepada Perdana menteri British, Clement Attlee dan salinannya kepada gabenor.
Anthony Brooke tentang penyerahan melalui sistem perundangan, beliau membuat rayuan di privy council. 16 Julai 1948, beliau telah bawa kes ini ke mahkamah tinggi Brunei, namun begitu, rayuan tersebut ditolak
7) penubuhan rukun 13:
Golongan muda dalam pergerakan antipenyerahan tubuhkan rukun 13 pada 20/8/1948,ia ditubuhkan secara sulit oleh para pemimpin pergerakan pemuda melayu (PPM) di Sibu,ia diketuai oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.
Sasarannya ialah hapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. Mesyuarat sulit diadakan bagi membunuh Duncan Stewart pada 3/12/1949
Peristiwa Singkir Berdarah: Rosli Dhoby antara pejuang kemerdekaan Sarawak,telah menikam Duncan Stewart seminggu kemudian beliau meninggal di Hospital Singapura, peristiwa ini dinamakan“sungkit berdarah” ia memberi kesempatan kepada British bagi menindas gerakan antipenyerahan,6/12 & 7/12/1948 British tutup pejabat PPM, PKMS, BPS dan angkatan semangat anak negeri Sarawak (ASAS). Anthony Brooke rayu semua persatuan antipenyerahan hentikan usaha tentang penyerahan pada 5/2/1951. Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dikenakan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah, anggota rukun 13 yg lain dikenakan hukuman penjara, gerakan antipenyerahan Sarawak menemui kegagalan, gerakan tersebut memberi kesedaran dan bangkitkan nasionalis dalam kalangan penduduk tempatan.semangat tersebut membawa penubuhan parti politik di Sarawak