Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA - Coggle Diagram
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM MERDEKA
Baginda mempelajari islam daripada pendakwah dan para ulama yang datang berdakwah ke Melaka.
Istana dijadikan sebagai salah satu tempat mempelajari ilmu
Keislaman baginda turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan rakyat jelata.
Para pemerintah Melaka turut menggalakkan rakyat jelata supaya memberikan perhatian yang berat terhadap amalan agama.
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara (kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M - bermulalah perkembangan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.
terdapat berbagai-bagai institusi pengajian sama ada rumah, masjid, surau atau istana sebagai pusat dakwah dan aktiviti keilmuan.
kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dapat dikenal pasti melalui melalui kegiatan pendidikan yang berlaku pada waktu itu.
Sistem pendidikan Islam yang diwujudkan pada waktu tersebut ialah kelas mengaji al-Quran (tidak formal). Pengenalan huruf jawi untuk memudahkan pembelajaran huruf-hurf arab.
Pada peringkat awal, kelas pengajian al-Quran dilakukan di rumah guru yang mengajar al-Quran. Apabila bilangan pelajar-pelajar mulai bertambah, kelas al-Quran kemudiannya berpindah ke surau dan masjid.
Melaka terus berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam sebagai kurikulumnya
Struktur pendidikan dan kurikulumnya hampir sama dengan zaman Rasulullah iaitu penekanan dibuat kepada pembacaan, penulisan dan pengajian al-Quran di samping ilmu-ilmu asas agama.
Selepas Merdeka
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah mengeluarkan satu laporan menyeluruh berkaitan aspek pendidikan negara termasuklah kurikulumnya.
Pada waktu itu juga matapelajaran pendidikan Islam dijadikan matapelajaran teras di peringkat menengah rendah dan menengah tinggi. Selaras dengan itu, ia diwajibkan di dalam peperiksaan.
Isi kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah mengandungi beberapa perbezaan sesuai dengan tahap dan umur murid-murid.
tahun 1993-Matapelajaran pendidikan Islam terus diperkemaskan setelah diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Tahun 1967, sukatan pelajaran pendidikan Islam sekali lagi disusun oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran, Kolej Islam dan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Matapelajaran pendidikan Islam terus diperkasakan lagi dengan kewujudan program j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, alQuran, bahasa Arab dan fardu ain
Pada tahun 1959 sukatan matapelajaran agama Islam yang pertama untuk sekolah bantuan kerajaan telah disusun
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2005 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.
Pada tahun 1962 iaitu tahun Akta Pelajaran 1961 mula dikuatkuasakan, pelajaran agama Islam telah diadakan dalam jadual waktu pelajaran biasa kepada murid-murid yang beragama Islam dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu
Perkembangan pendidikan Islam terus rancak apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
Namun para penjajah tidak berjaya menukar akidah umat Islam yang sudah dipengaruhi dan dibentuk dengan konsep Islam yang sebenar.
Mereka menghalang perkembangan agama dan ilmu pengetahuan Islam serta dapat menghidupkan fahaman Kristian terhadap para penduduk.
mengganggu gugat perjalanan sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu;
kegiatan dakwah berjalan dalam situasi yang tidak menonjol
Kegiatan agama dan pendidikan Islam menjadi perlahan.
kegiatan dakwah terpaksa dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan tentangan ganas daripada penjajah
Selepas tahun 1854, sekolah al-Quran mula berubah corak apabila ia diambil alih oleh pemerintahan Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris
Kedatangan Barat bertujuan memusnahkan pusat penyebaran Islam dan pendidikan Islam di rantau ini selain motif politik dan ekonomi
Sistem pendidikan Islam masih menjadi tumpuan para pelajar. ibu bapa yang sanggup mempertingkatkan lagi tahap pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
1511 Masihi- Bermulanya kejatuhan Melaka ke tangan penjajah menjadikan bangsa Melayu mulai memasuki zaman kegelapan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, kebudayaan, agama dan pendidikan
Pengajian pondok bermula dan berkembang daripada aktiviti pengajaran di masjid yang menjadi rumah Allah dan tempat pertemuan masyarakat Islam.
pendidikan Islam diperkemaskan lagi melalui sistem madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi dengan infrastruktur dari segi bangunan sekolah, asrama, kemudahan rekreasi dan pejabat pentadbiran.
Pada tahun 1952, satu ordinan pelajaran telah digubal yang dinamakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952
Dalam ordinan tersebut diadakan peruntukan Seksyen 70 mengenai pelajaran agama Islam dan menjadikannya sebagai sebahagian kursus-kursus pelajaran di sekolah bantuan kerajaan.