Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI GURU MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DENGAN MURID - Coggle Diagram
STRATEGI GURU MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DENGAN MURID
INGAT NAMA SEMUA MURID DALAM TEMPOH 48 JAM
Jika seseorang guru mampu mengingat nama muridnya, guru juga boleh menegur murid terutamanya murid yang pemalu dan pendiam dan menunjukkan hubungan yang baik, murid akan merasa diri mereka wujud dan dihormati.
Murid pula tidak akan merasakan guru sebagai seorang superior yang sombong atau autoriti yang menakutkan mereka.
Murid-murid akan berasa amat seronok apabila guru berupaya memanggil mereka menggunakan nama-nama mereka. Impaknya adalah amat besar terhadap perhubungan yang positif dan harga diri murid-murid dengan guru.
BERTINDAK SELAKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal bilik darjah dan tingkahlaku murid serta layak dihormati
.Guru perlu memaklumkan kepada murid tentang hak mutlak dirinya sebagai guru. Wujudkan sempadan hubungan tanpa kesediaan untuk melanggarnya.
Guru perlu menggunakan peluang untuk membentuk peraturan perhubungan sejak awal sesi persekolahan setiap tahun.
LAYAN SEMUA MURID DENGAN HORMAT SEPANJANG WAKTU
Sebagai seorang dewasa yang matang guru boleh berperanan sebagai role model kepada murid-muridnya.
Seorang guru wajar menyelitkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan mengekalkan sikap secara konsisten.
Ini kerana guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang sihat.
guru perlu mengelakkan Perkara-perkara yang akan membawa kepada kehilangan penghormatan daripada seluruh kelas. Guru perlu menangani situasi secara profesional.
MENERIMA KEINDIVIDUALAN MURID
Setiap seorang murid mempunyai ciri unik yang tersendiri dan guru tidak seharusnya membuat generalisasi untuk mengatakan bahawa semua murid adalah sama
Guru boleh cuba memahami dan menerima murid-murid melalui pengumpulan maklumat menggunakan borang profil pada awal tahun.
Gunakan maklumat yang diperolehi untuk mewujudkan hubungan dan berbicara secara casual dengan murid.
WUJUDKAN KOMUNITI DI DALAM BILIK DARJAH
Bantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri guru sendiri.
Semakin cepat guru dapat memberi kesedaran tentang banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di antara ahli kelas, semakin selesa pula murid dengan keadaan serta suasana bilik darjah dan kelas mereka.
BERI PELUANG KEPADA MURID UNTUK MENGENALI DIRI GURU
Guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan yang mereka ingin tanyakan tentang guru yang boleh dikongsikan jawapannya.
Ini penting kerana semakin murid merasa selesa dengan gurunya, mereka akan merasa lebih selesa dan bersifat lebih terbuka dan boleh menerima.
Guru boleh memperuntukkan sedikit masa sebelum waktu pembelajaran tamat untuk menjawab soalan-soalan secara rawak. Guru boleh berseronok dengan aktiviti ini dan murid.