Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI GURU DALAM MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DENGAN MURID - Coggle Diagram
STRATEGI GURU DALAM MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DENGAN MURID
Bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa dalam mengawal bilik darjah serta tingkah laku murid.
Berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid
Hal ini kerana guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan yang positif dengan murid.
Menerima keindividualan murid
Guru perlulah memahami dan menerima setiap peribadi serta kemahiran pelajar.
Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan lisan
Guru yang hebat adalah guru yang mahir menyampaikan mesej kepada murid dengan kesungguhan, keseronokan dan kepuasan.
Hal ini kerana gerak bahasa badan yang sesuai dapat memudahkan kefahaman tentang perkara yang dibincangkan serta menjadikan murid lebih tertarik dengan guru tersebut
Contoh elemen komunikasi bukan lisan adalah seperti bahasa badan, nada dan intonasi suara, kekuatan dan kelantangan suara, mimik wajah dan sebagainya.
Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah
Bantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri guru sendiri. Semakin cepat guru dapat memberi kesedaran tentang banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di antara ahli kelas, semakin selesa pula murid dengan keadaan serta suasana bilik darjah dan kelas mereka.
Melayani murid dengan hormat sepanjang waktu
Guru perlu menunjukkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah serta mengekalkan sikap secara konsisten,
Dengan melakukan perkara demikian, guru sebenarnya telah menunjukkan rasa hormat dan membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang sihat
Beri peluang kepada murid untuk mengenali guru
Guru memberi peluang kepada murid untuk bertanya soalan-soalan secara rawak sebelum waktu pembelajaran tamat.
Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar supaya dapat mengeratkan hubungan yang akrab antara guru dan murid
Amalkan budaya penyayang
Guru perlulah bertindak mesra dengan menegur murid terutamanya murid yang pemalu dan pendiam dengan menggunakan nama supaya mereka rasa disayangi.
Komunikasi lisan dan bukan lisan yang mesra akan menyebabkan emosi murid sentiasa stabil.
Apabila menegur salah laku murid, mestilah ditegur untuk tujuan mendidik dan bukannya menghukum
Memberikan ganjaran yang sesuai
Lumrah murid akan berasa seronok dengan pemberian guru
Hal ini amat penting dalam membina hubungan yang positif anatara guru dan murid kerana dengan perbuatan ini ianya dapat mengukuhkan tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid