Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia - Coggle Diagram
Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Laporan Cheeseman
Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris di bawah Rancangan Cheeseman cuba menyusun semula sistem pendidikan di Tanah Melayu
Tujuan utamanya ialah membaiki sistem pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan
Tetapi Rancangan Cheeseman hanya menumpukan perhatian peringkat sekolah rendah sahaja
Rancangan ini ditolak kerana sekolah-sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing
Laporan Barnes
Bertujuan untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.
Laporan Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao ynag bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Laporan ini mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina. Pandangan dan kajian lporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
Ordinan Pelajaran 1952
Merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).
Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
Walau bagaimanapun , Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang.
Penyata Razak 1956
Merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK.
Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.
Cadangan-cadangan :
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan , bahasa inggeris , cina dan tamil menjadi bahasa pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR) , Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persektuan ditubuhkan.