Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia sebelum merdeka - Coggle Diagram
Perkembangan Pendidikan di Malaysia sebelum merdeka
Ordinan Pelajaran 1952
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris adalah wajib di sekolah Melayu.
Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan, satu jenis sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu jenis sekolah lain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan.
Laporan Fenn-Wu
Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
Diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950.
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
Laporan Barnes
Untuk membubarkan sistem sekolah vernacular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum.
Pembinaan sekolah vokasional yang moden
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernacular, iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil.
Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga
Laporan Cheeseman
Untuk membina semula sistem pendidikan. Selain itu, ia juga berhasrat untuk mengembangkan setiap sistem persekolahan.
Perpaduan kaum tidak disentuh langsung.
Langkah yang diambil oleh pihak British untuk membina semula sistem pendidikan di Negara ini selepas pendudukan Jepun
Syor-syor Laporan Cheeseman tidak dilaksanakan kerana kerajaan sibuk membina semula sekolah yang telah musnah
Penyata Razak 1956
Untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu
Untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
Untuk melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.
Untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi
Untuk memenuhi keperluan Negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.
Untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.