Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA - Coggle Diagram
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
RANCANGAN CHEESEMAN (1946)
HURAIAN
-kerajaan Inggeris di bawah Rancangan Cheeseman cuba menyusun semula
sistem pendidikan di Tanah Melayu
-untuk membaiki sistem pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan
pendidikan
-hanya menumpukan perhatian peringkat sekolah rendah sahaja
-ditolak kerana sekolah-sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda
masing-masing
PENYATA BARNES (1950)
HURAIAN
-penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia
-diketuai oleh L J Barnes
-untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu
CADANGAN
Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuh
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada
Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
TAMBAHAN
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951
PENYATA FENN-WU (1951)
HURAIAN
-sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950.
-diketuai oleh Dr. Fenn dan Profesor Dr. Wu Teh Yao
-Masyarakat Cina bandar ketika itu
menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
CADANGAN
Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu,bahasa Cina dan bahasa Tamildan bahasa
kebangsaan juga diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
ORDINAN PELAJARAN (1952)
HURAIAN
merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British
di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).
CADANGAN
Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak
diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
TAMBAHAN
Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana
berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang.
PENYATA RAZAK (1956)
HURAIAN
.-Nama laporan ini telah diambil sempena
daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak.
-untuk
membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.
-Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari orang Melayu)
dan Laporan Fenn-Wu (digemari orang Cina dan India)
cadangan ialah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar SRK
CADANGAN
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
sekolah menengah.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu
sebagai bahasa pengantar utama.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persektuan ditubuhkan.