Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA DENGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM…
PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA DENGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
PENDIDIKAN SEMASA
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Gelombang 2 (2016-2020)
Menarik minat dan kesedaran masyarakt dalam STEM melalui kempen dan kerjasama
Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Memacu inovasi ICT khususnya pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri
Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta
Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru
Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran dan nilai
Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti
Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan
Merintis pilihan program untuk mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dan meningkatkan pendedahan BI
Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khas seperti peribumi, minoriti lain dan pitar cerdas
Gelombang 3 (2021-2025)
Pada permulaan, semua sekolah, guru dan pengetua perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Kementerian akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran.
Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam pelbagai bahasa secara berterusan.
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.
Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan guru, berkongsi amalan yang terbaik dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.
Mempertingkatkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak.
Memperkasakan Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.
Mengkaji semula penstrukturan sekolah bagi menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.
Gelombang 1 (2013-2015)
Meningkatkan kualiti standard pengajaran dalam mata pelajaran teras
Bahasa Inggeris
Matematik
Bahasa Malaysia
Sains
Mengukuhkan kualiti STEM
Mereka bentuk semula soalan peperiksaan kepada KBAT
Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah
Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan untuk meningkatkan standard kemasukan guru baharu
Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah
Penglibatan ibu bapa
Program vokasional
Galakan enrolmen
Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama sektor swasta
Objektif
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.
11 anjakan utama untuk mencapai aspirasi yang dirancang
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Megupaya JPN, PDP dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berdasarkan keperluan
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti taraf antarabangsa
Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
Memastikan setiap murid profesion dalam bidang bahasa Melayu dan bahasa Inggeri
Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
PERSAMAAN
Masih mengekalkan penggunaan Bahasa penjajah bagi pembelajaran Bahasa Inggeris.
Penubuhan maktab perguruan untuk melahirkan lebih ramai guru Melayu yang terlatih dan berkualiti.
Sesetengah matapelajaran masih dikekalkan walaupun diganti dengan nama lain.
Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.
Masih mementingkan sekolah vokasional.
Syarat berkaitan pelajaran Bahasa Cina dan Tamil yang perlu disediakan jika jumlah pelajar adalah lebih daripada 15 orang yang ingin mempelajarinya.
PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Laporan Barnes (1951)
Bahasa pengantar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di semua sekolah
Bahasa Cina dan Tamil sebagai mata pelajaran sekolah
Untuk memperbaiki sekolah vernakular Melayu
Laporan Fenn-Wu (1952)
Untuk mengkaji sekolah vernakular Cina
Sistem pendidikan hendaklah ke arah matlamat membentuk identiti kebangsaan berdasarkan latar beakang kehidupan masyarakat
Sebarang usaha memaksa rakyat berbilang kaum mempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskan persefahaman
Latihan guru sekolah Cina amat diperlukan
Pengajaran Bahasa Cina, Inggeris dan Melayu hendaklah dikemaskan
Bantuan kewangan untuk sekolah Cina hendaklah ditambah
Ordinan Pelajaran (1952)
Dua jenis sistem persekolahan iaitu bahasa pengantar
BM
BI
Bahasa Cina dan Tamil diajar jika ada 15 murid
Kesemua cadangan tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan
Rancangan Cheeseman (1946)
Tempat percuma di sekolah vernakular
Bahasa Inggeris diajar di semua sekolah
Dua jenis sekolah menengah
Pelaksanaan sepenuhnya Laporan Pelajaran 1928 mengenai pendidikan vokasional
Penyata Razak (1956)
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan
Penubuhan 2 jenis sistem persekolahan
Umum
Bahasa pengantar: Melayu
Jenis umum
Bahasa pengantar Bahasa Cina, Tamil dan Inggeris
Pembentukan 2 jenis sekolah
Sekolah persendirian
Sekolah bantuan
Pendidikan enam tahun percuma di sekolah umum
Penubuhan Jemaah Nazir Sekolah
Semasa zaman Kolonialisme British (1786-1956)
Semasa Zaman Kolonialisme, Kerajaan Inggeris menggalakkan penubuhan sistem persekolahan yang bercorak perkauman iaitu, Pendidikan Melayu, Pendidikan Inggeris, Pendidikan Cina dan Pendidikan Tamil untuk memenuhi keperluan pendidikan asas kaum masing-masing.
Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantar yang tersendiri dan kokurikulum yang berbeza
Sebelum zaman Kolonialisme British (1400-1786)
Sebelum zaman Kolonialisme British, murid-murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang di masjid, surau dan madrasah
Bahasa pengantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam masjid