Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH DAN TEKNIk PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH RENDAH - Coggle…
KAEDAH DAN TEKNIk PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH RENDAH
TALAQQI DAN MUSYAFAHAH
Definisi Talaqi : Pertemuan antara murid dan guru
Definisi Mushafahah : bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru dengan
melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya.
Cara perlaksanaan :
Murid akan duduk bersemuka dengan guru
-Guru mula memperdengarkan bacaan al-Qur’an. Ketika itu murid-murid dikehendaki mendengar dan memerhatikan gerak bibir guru dalam melafazkan kalimah-kalimah tertentu.Selepas guru selesai menghabiskan bacaan, murid akan mengikut bacaan guru. Ketika itu guru mendengar bacaan murid dan membetulkannya jika terdapat kesilapan di dalam bacaan.
TASMI’ DAN TASHIH
Objektif
mengklafikasikan murid mengikut pencapaian
Meningkatkan kemahiran indidvidu.
Menyedarkan kesilapan bacaan.
kenal pasti tahap pencapaian.
Mengetahui pencapaian Muird
Cara Perlaksanaan
Guru mendengar dan meneliti bacaan murid
Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.
TADARUS
Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran sesama murid
Guru dapat memantau pencapaian murid.
Murid mendapat keyakinan diri.
Pencapaian murid dapat diselaraskan.
Perlaksanaan
Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang.
Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu.
Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan.
Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya
Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya
HALAQAH
Pengenalan
Pendidikan: proses pemerolehan sesuatu ilmu
Pandangan Islam: pendidikan = proses sepanjang hayat, terbuka kepada semua golongan tanpa kira jantina, kekayaan dan warna kulita
Perlaksanaan
Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru
Pada kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan meghadap kiblat
Kaedah serta cara-cara pengendalian Halaqah merupakan salah satu keberhasilan sesuatu Halaqah.
Perlu ditegaskan di sini adalah bahawa majlis Halaqah bukanlah suatu majlis ilmu mengikut pengertian yang biasa difahami.
Ia merupakan gabungan unsur-unsur majlis ilmu, kerohanian, pembinaan bakat dan kemahiran soft-skill sesama anggota Halaqah itu sendiri.
TIKRAR
Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.
Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain.
Murid-murid membaca secara kelas.
Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.
Seorang murid membaca, yang lain mendengar
Cara Perlaksanaan
Guru membaca ayat dan murid mengulanginya selepas mendengar supaya guru itu dapat membetulkan kesalahan muridnya.
Murid mendengar bacaan guru,jika murid belum dapat kuasai untuk menyebut perkataan tertentu,guru perlu membaca perkataan yang susah berulang kali.
Murid membaca dan guru mendengar sambil membetulkan bacaan yang salah,kemudian murid menghafaz ayat yang di baca dan menyemaknya di hadapan guru.