Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABANG-CABANG FALSAFAH - Coggle Diagram
CABANG-CABANG FALSAFAH
AKSIOLOGI
Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”.
Cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh.
MERANGKUMI 2 ASPEK
ESTETIKA
Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan.
Dengan kata lain, ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen
ETIKA
Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai kita lakukan”.
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan.
ONTOLOGI
Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya.
-
Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampaui penyiasatan saintifik.
Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
LOGIK
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.
Logik cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan
JENIS LOGIK
LOGIK INDUKTIF
bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membawa kesimpulan umum yang menjelaskannya.
LOGIK DEDUKTIF
bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
EPISTEMOLOGI
SUMBER ILMU
-
-
-
-
KAEDAH SAINTIFIK
Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik
WAHYU
Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada umum.
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
Ia berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu”atau “sains” dan logos yang bermakna “keterangan” .Epistemologi tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu