Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOKOH TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK - Coggle Diagram
TOKOH TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK
Herbert Read
teori tersebut adalah paling sistematik dan logic jika berbanding dengan teori perkembangan lukisan kanak-kanak yang lain.
teori perkembangan lukisan kanak-kanak Herbet Read adalah lebih kurang sama
dengan teori yang dikemukakan oleh Sir Cyril Burt yang merangkumi 7 peringkat
1. Peringkat contengan (scribble, 2-5 tahun)
kanak-kanak akan menghasilkan beberapa jenis contengan yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza iaitu contengan tidak bermakna, contengan bermakna, contengan meniru dan contengan sebahagian mengikut perkembangan diri sendiri.
Kanak-kanak banyak menggunakan garisan untuk menghasilkan contengan.
Pelbagai jenis garisan akan dihasilkan dengan berulang-ulang, berputar-putar dan secra panjang dan berserabuk ikut dengan perkembangan psikomotor dan maskular kanak-kanak. Perkembangan lukisan berlaku dengan paling pesat ketika kanak-kanak tersebut berumur 3 tahun.
2.Peringkat garisan (line, 4 tahun)
kanak-kanak gemar melukis dengan menggunakan
garisan yang mempunyai nilai dan kualiti yang berbeza.
Koordinasi mata dan tangan dapat dikuasai dengan lebih baik jika berbanding dengan peringkat yang sebelumnya.
Figura menjadi tema yang paling utama dalam lukisan
kanak-kanak.
Mereka sering menggunakan garisan untuk membentuk bulatan sebagai kepala, dua titik sebagai mata dan garisan lurus sebagai tangan atau kaki.
3. Peringkat simbolisme tersirat (descriptive symbolism, 5-6 tahun)
kanak-kanak dapat menggambarkan bentuk figura dengan skala serta bentuk yang sesuai walaupun masih kelihatan tidak logik daripada sudut pandangan orang dewasa.
Pelbagai simbol digunakan dalam lukisan
untuk melambangkan sesuatu.
Setiap simbol yang digunakan terdapat maksud tersirat yang ingin disampaikan. Muka figura masih digambarkan secara tidak berapa jelas dan terperinci.
4. Peringkat realisme tersirat (descriptive realism, 7-8 tahun)
kanak-kanak melukis akan yang mereka tahu dan bukan
apa yang mereka nampak.
Mereka dapat melukis dengan lebih terperinci dan
benda yang halus dan kecil mula dilukis dalam karya mereka.
Mereka juga lebih tertarik minat dengan sesuatu yang bersifat hiasan.
Mereka akan memasukkan unsur-unsur yang menarik dalam lukisan mereka sebagai hiasan supaya karya kelihatan lebih menarik.
5. Peringkat realisme tersurat (visual realism, 9-10 tahun)
Kanak-kanak mula melukis secara natural dan kurang melukis berdasarkan pengalaman dan pemikiran mereka. Peringkat ini dibahagikan kepada 2 tahap iaitu secara dua dimensi dan 3 dimensi.
Dua dimensi
- Kanak-kanak melukis secara rata tanpa menggambarkan ruang dan perspektif pada permukaan melukis.
Tiga dimensi
- Kanak-kanak cuba menghasilan lukisan yang menunjukkan ruang dan perspektif dengan menggunakan ton warna, saiz imej yang berbeza
6. Peringkat penindasan (repression, 11-14 tahun)
Kanak-kanak pada tahap ini didapati mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan.
Mereka menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan dan cuba untuk menghasilkan sesuatu seperti apa yang mereka lihat tetapi mereka masih tidak cukup mahir.
Oleh sebab itu, kebanyakan kanak-kanak pada tahap ini akan berasa kecewa kerana tidak dapat mecapai keinginan untuk menghasilkan lukisan seperti mana yang mereka harap terhadap diri sendiri. Pada tahap ini, figura kurang dijadikan sebagai tema lukisan mereka.
7. Peringkat kebangkitan perasaan artistik (artistic revival, 15 tahun)
Lukisan yang dihasilkan selepas 15 tahun mulanya mempunyai sifat artistik.
Setiap lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pasti ada maksud atau mesej tersirat yang ingin disampaikan seperti perasaan, emosi dan
Lukisan dijadikan sebagai saluran untuk mereka meluahkan
perasaan dan emosi. Mereka cuba memaparkan apa yang mereka fikir dan rasa melalui lukisan.
Selain itu, sifat perbezaaan antara jantina iaitu lelaki dan
perempuan juga mula dapat dilihat dengan jelas dengan lukisan yang telah dihasilkan
Viktor Lowenfeld
memperkenalkan teori perkembangan lukisan kanak-
kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intelek dan estetik kanak-kanak.
Teori perkembangan lukisan kanak-kanak beliau telah
merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 17 dan terbahagi kepada 6 tahap utama
Peringkat contengan (2-4 tahun)
Peringkat contengan terbahagi kepada 3 tahap iaitu contengan tanpa kawalan, contengan terkawal dan contengan bermakna.
Contengan tanpa kawalan
kanak-kanak akan mula menconteng menggunakan apa saja bahan atau alat ke atas sebarang permukaan yang berada di sekitar mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mereka menghasilkan garisan bersifat panjang, pendek dan secara berulang-ulang. Contengan mereka tidak menggambarkan apa-apa imej kerana kawalan maskular mereka masih berada pada tahap yang lemah.
Cara mereka untuk memegang alat adalah ikut keupayaan dan kesukaan mereka. Daya contengan mereka adalah bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal mereka.
Contengan terkawal
keupayaan menconteng kanak-kanak banyak bergantung kepada kawalan maskular tangan dan wujudnya koordinasi mata dan tangan.
Kanak-kanak suka menconteng sehingga memenuhi ruang permukaan. Pelbagai jenis garisan yang mempunyai nilai yang berbeza diulang-ulang. Alat contengan dapat dipegang oleh mereka dengan baik dan tangan mereka tidak selalu diangkat ketika menconteng
Mereka mula membentuk rupa yang mudah seperti bulat,
garisan melintang dan menegak. Mereka cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mereka mula menyedari hubungan antara contengannya dengan objek tampak.
Contengan bermakna
Contengan ini mula muncul ketika kanak-kanak berusia lewat 3 hingga 4 tahun.
Kanak-kanak cuba untuk menamakan bahagian-bahagian
pada lukisan mereka atau menceritakan tentang apa yang mereka lukis walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas.
Gambar yang dilukisnya mula dapat dikaitkan dengan alam
sekitar terutamanya percubaannya untuk menggambarkan perasaannya. Mereka sudah mula menampakkan imaginasi dan tidak lagi hanya tertumpu kepada pergerakan kinestetik.
Peringkat pra-skematik (4-7 tahun)
berlaku peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan.
Pada peringkat ini, gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya. Bentuk konkrit seperti orang atau hal benda yang terdekat dan berhubung rapat dengan mereka seperti ibu bapa, adik-beradik dan rakan akan dilukis sebagai imej utama.
Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu dan bukan merupakan reprensentasi tampak. Sebagai contoh, mereka melukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut.
Kebanyakan kanak-kanak pada usia sebegini akan melukis gambar bentuk orang dengan melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke
bawah untuk kaki.
Mereka suka mencuba dan buat pernyataan
sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa.
Peringkat skematik (7-9 tahun)
peringkat skematik diambil dari perkataan skema yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang.
Penggunaan simbol di dalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak kekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai serta keupayaan kinestatik mereka.
lukisan yang dihasilkan akan melibatkan
bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek
Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan
berskala besar. Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan saiz yang kecil dan objek yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.
Lukisan mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan. Pada peringkat ini kanak-kanak tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka tetapi gemar untuk berkongsi.
Peringkat awal realism (9-12 tahun)
kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang
ahli rakan sebaya dan masyarakat. Oleh sebab itu, mereka
mula bergerak mengikut rakan sebaya yang sama jantina.
Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja dan bukan melalui pengamatan
kanak-kanak mula menggunakan warna bagi menggambarkan atau mewakili sesuatu objek. Sebagai contoh, hijau untuk pokok, biru untuk langit, kuning untuk tanah, merah untuk bunga dan sebagainya.
Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
Oleh yang demikian kanak-kanak peringkat ini akan mula hilang minat untuk melukis kerana mereka tidak puas hati dengan lukisan yang mereka hasilkan.
Peringkat penaakulan (12-14 tahun)
Mereka menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan.
Lukisan mereka diolah secara lebih natural. Mereka lebih menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej
Mereka memahami ruang dengan menggambarkan objek yang lebih jauh dengan bersaiz lebih kecil berbanding dengan yang dekat.
mereka yang cuba mengubahsuai gambar orang dan
haiwan ke dalam bentuk kartun melalui lukisan satirical.
Kanak-kanak ini juga kebanyakannnya lebih gemar melukis sesuatu melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
Mereka akan berasa malu dan perasaan rendah diri akan timbul
sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.
Peringkat remaja (14- 17 tahun)
remaja telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari bahawa peranannya dalam masyarakat.
Lukisan mereka adalah bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri.
Lukisan mereka pada peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media untuk meluah atau melahirkan emosi, perasaan dan respon terhadap sesuatu serta penyataan
fikirannya.
Mereka mampu mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni dan seuatu yang disuaki seperti batik, catan dan sebagainya.
Laura H.Chapman
terbahagi kepada 3 peringkat
1. peringkat manipulatif (2-5 tahun)
kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan
tangan kerana usia mereka yang masih muda. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensel serta bahan-bahan yang lain.
Lukisan yang dihasilkan pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Mereka lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.
terdapat empat peringkat
Contengan garisan tidak terkawal
Contengan ini dihasilkan kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.
Contengan garisan terkawal
Garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama kerana maskular kanak- kanak mula menjadi matang dan kuat.
Contengan rupa terkawal
Kanak-kanak mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Kebanyakan rupa yang dihasilkan berbentuk rupa organik.
Contengan rupa
Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan.
2. peringkat membuat simbol (6-9 tahun)
kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan
sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imej figura merupakan imej yang paling dominan dalam lukisan.
seseorang yang penting di dalam kehidupan
kanak-kanak tersebut akan digambarkan dengan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain.
Peringkat ini terbahagi kepada 3 tahap
peringkat simbolisme pertama (6-7 tahun)
Penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak
ketara.
peringkat simbolisme kedua (7-8 tahun)
Penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan.
peringkat simbolisme ketiga (8-9 tahun).
Lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit
iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.
3. peringkat pra-remaja (10-13 tahun)
.
Peringkat pra-remaja dikatakan sebagai peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.
Mereka pada peringkat ini akan cuba untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat tambahan
Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional
kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik
Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah
perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan
objek yang lebih dekat.
Menurut Laura H. Chapman, faktor luaran seperti latar belakang keluarga, persekitaran,sosiobudaya,tempat tinggal, sekolah dan rakan sebaya akan memberi kesan kepada perkembangan lukisan kanak-kanak.