Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme - Coggle Diagram
Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme
Definisi
Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
Ciri-ciri
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
Menyokong pembelajaran secara koperatif
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
Menggalakkan soalan yang dimulakan oleh murid dan menggunkannya sebagai panduan merancang pengajaran
Kelebihan
Faham
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baruu
Ingat
Murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut apabila meraka terlibat aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
Yakin
Murid diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu
Kemahiran sosial
Murid memperoleh kemahiran ini apabila berinterasi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan
Seronok
Murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif
Berfikir
Murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi cabaran.
Peranan
Murid
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka
Murid mencabar hipotesis yang dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan
Murid mengambil inisiatif mengemukakakn soalan-soalan dan isu
Guru
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka
Menstruktur pelajar untuk mencabar persepsi murid
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka
Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat
Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea yang telah dijanakan
Pengaplikasian dalam RBT
Guru melaksannakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dengan menggalakkan murid untuk membandingkan maklumat baru dengan pengalam sedia ada.
Contoh:Guru meminta murid membezakan tanaman di rumah dengan tanaman hidroponik
Guru perlu memberikan tugasan kepada murid di mana murid perlu membuat penaakulan secara logik berkaitan isu semasa keselamatan semasa di dalam bengkel.
Guru memberikan tugasan berkumpulan untuk melakukan projek seperti projek tanaman.
Memberi ruang dalam penjanaan pendapat dan persoalan murid tentang pengetahuan yang baru untuk disimpan dalam memori sedia ada.