Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME - Coggle Diagram
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
DEFINISI
Pengetahuan dibina oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada
KONSEP
Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada
Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka
Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru
Seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada
Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar
PERANAN GURU
Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka
Memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan
PERANAN MURID
Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawa soalan. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri da boleh menyelesaikan masalah
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea mereka. Murid itu dapat membina asas pengetahuan daripada beberapa pandangan
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis
Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk membantu mereka menjana idea dan pengetahuan
Pembelajaran berpusatkan murid
KELEBIHAN
Murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru
Murid akan dapat mengingati lebih lama konsep kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan
Mendapat peluang untuk membina sendiri kefahaman berkenaan sesuatu perkara atau idea
Murid yang berkemahiran sosial bolhe bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah
Murid memjadi lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk belajar
Pembelajaran berlaku secara pelbagai hala.
Antara guru dengan murid
Antara murid dengan murid
KADAR KEAKTIFAN PELAJAR
Para pelajar dapat membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti PdP
Pelajar perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat baharu dengan pengalaman sedia ada
Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka
Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan mentaksir pemikiran kendiri melalui refleksi dan renungan
PROSES YANG TERLIBAT
ASIMILASI
AKOMODASI
CONTOH DALAM PDPC RBT
Memerlukan topik tanaman hidroponik
Murid akan menggunaakan pengetahuan menanam pokok sedia ada di dalam diri murid
Guru akan menayangkan video cara-cara penanaman pokok
Kemudian murid akan bertanya
Seterusnya, murid akan mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat gunakan di dalam situasi dunia sebenar