Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA - Coggle Diagram
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
PENDIDIKAN
aspek Etimologi
Tatabahasa Melayu - didik atau dimaksudkan dengan pelihara, menjaga dan ajar
Istilah Inggeris - Education = pendidikan / latihan
Istilah Arab - tarbiah yang bererti pemeliharaan, asuhan dan didikan
Pengertian
pendidikan islam - suatu proses menyampaikan ilmu kepada seseorang dalam usaha untuk membentuk peribadi dan sahsiah dalam kehidupan seharian berlandaskan ajaran Islam
pendidikan - satu proses menyampaikan ilmu kepada seseorang yang belum memilikinya untuk diguna pakai oleh individu tersebut dalam kehidupan seharian
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM (AWAL ZAMAN KEDATANGAN ISLAM)
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah memeluk Islam pada 1414M
Pengislaman baginda diikuti oleh pembesar kerajaan dan rakyat jelata
menggalakkan rakyat memberi perhatian terhadap amalan agama
menjadikan istana, rumah, masjid dan surau sebagai tempat mempelajari ilmu pengetahuan dan pusat dakwah
pelajaran utama - kelas mengaji al-quran
pembelajaran tulisan jawi sebagai asas membaca al-quran dengan lebih mudah
pengajian ilmu fiqh, tauhid, tafsir, sejarah, tasawuf dan falsafah islam sebagai kurikulum
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM (ZAMAN PENJAJAHAN BARAT
bermula kejatuhan Melaka 1511M
penaklukan barat menghalang perkembangan agama dan ilmu pengetahuan Islam
kegiatan dakwah dilakukan secara rahsia
SELEPAS TAHUN 1854
Sekolah al-Quran berubah corak
Sekolah agama diberi bantuan penuh dengan syarat memasukkan matapelajaran membaca, menulis, ilmu hisab disamping membaca al-quran dan pelajaran agama
ada ibu bapa sanggup menghantar anaknya ke luar negara seperi Pattani, Makkah, Mesir ke peringkat yang lebih tinggi
Setelah tamat pengajian, kembali ke Tanah Melayu dan membuka institusi pengajian tinggi "pondok"
di pondok, mendedahkan permasalahan dalam Islam - hukum hakam, akidah dan sebagainya
diperkemas dengan sistem madrasah atau sekolah agama yang dilengkapi infrastruktur oleh pelajar Universiti Al-Azhar seperti Syed Syeikh al-hadi
Ordinan Pelajaran 1952 - pelajaran agama Islam sebahagian kursus di sekolah bantuan kerajaan
Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - wajib pelajaran agama bagi sekolah yang elebihi 15 pelajar Islam & sekurang-kurangnya 2 jam seminggu
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA
Pendidikan Islam semakin rancak apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
Syor Penyata Abdul Rahman Talib 1960 - pelajaran agama Islam ditanggung olejh Kementerian Pelajaran
Akta Pelajaran 1961 - wajibkan sekolah bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam 2 jam seminggu jika pelajar 15 keatas dan dikuatkuasan peruntukan masa kepada 120 minit seminggu pada 1962.
Sukata matapelajaran pertama disusun pada 1959 dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu
sekolah rendah (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) - akidah, ibadah sejarah rasul-rasul, budi pekerti dan bacaan al-quran. Pada 1993 -Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM) menambah pendidikan akhlak
sekolah menengah (KBSM) - fiqh, tauhid, sejarah Islam, ayat al-Quran & hadis. Pada 1988 menambah matapelajaran elektif iaitu Tasawur Islam, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
2005 , J-QAF - jawi, al-quran, arab dan fardu ain diperkenalkan dan merupakan usaha Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi bagi meningkatkan pendidikan anak-anak