Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI GURU EFEKTIF - Coggle Diagram
CIRI-CIRI GURU EFEKTIF
- Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu
Murid-murid digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjukcara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran.
- Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Ciri utama guru berkesan atau guru
efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama
berasaskan tahap pencapaian murid.
Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan dan mengukuhkan pemahaman.
- Tindakan Susulan Melalui Pengayaan dan Pemulihan
Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai keberkesanan sebenar pembelajaran murid. Ini dilakukan pada penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian atau ujian formatif atau sumatif.
- Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran
Ramai penonton terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik serta mudah difahami. Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih berminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat.
- Menyediakan Rancangan Mengajar
Guru mesti membuat perancangan pengajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar.
- Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid
Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan dan keceriaan wajah ilmuan.
- Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang
Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya.
- Kepelbagaian Kaedah Mengajar
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.