Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah - Coggle Diagram
Pendekatan dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah
PENDEKATAN INDUKTIF
Kelebihan
Murid dapat bimbingan sepenuhnya daripada guru
Penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum
Menggalakkan penglibatan murid secara aktif
Kelemahan
Masa yang digunakan terlalu lama untuk menyelesaikan masalah
Guru terbeban kerana terlalu banyak persediaan yang perlu dibuat
Sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid
PENDEKATAN EKEKTIK
Kelebihan
Memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka sekali gus
Murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih meyakinkan
Sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
Kelemahan
Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan
Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan
Tidak sesuai untuk murid yang lemah
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Kelebihan
Murid mengetahui bahawa keadaan sosial masyarakat mewujudkan variasi dan kelainan dalam bahasa Melayu
Menekankan kepada pembelajaran murid yang berasaskan keperluan mereka
Murid dapat memahami perkara yang penting dalam bahasa iaitu penggunaan bahasa dan bukannya kegunaan bahasa
Murid berasa yakin untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat
Kelemahan
Guru sukar menyediakan pelbagai aktiviti lisan untuk murid-murid yang berbeza peringkat kebolehan dan kecerdasan
Kemungkinan tidak semua murid yang mahu mengambil bahagian dengan cergas sebab ada yang malu dan rendah diri
Sukar dilaksanakan kepada murid-murid yang lemah
Murid-murid boleh bertutur dalam semua aspek, tetapi pertuturan mereka tidak berdasarkan bahasa standard
PENDEKATAN DEDUKTIF
Kelebihan
Memberi kefahaman kepada murid kerana guru memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
Menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu membuat banyak persediaan.
Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran
Kelemahan
Sedikit menggunakan bahasa yang dipelajari
Murid hanya menulis sahaja
Cara penerangan tidak dinyatakan (konkrit)