Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
GAYA KOGNITIF DAN GAYA PEMBELAJARAN, AINAA SAFWANAH BINTI AHMAD …
GAYA KOGNITIF DAN GAYA PEMBELAJARAN
GAYA KOGNITIF
DEFINISI
Gaya kognitif merupakan cara seseorang individu mengingat, membuat persepsi dan memperolehi kembali maklumat.
Ia juga menerangkan bagaimana seseorang individu memperoleh pengetahuan (kognitif) dan bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut (konseptual)
Borich & Tombari (1995) menjelaskan gaya kognitif adalah cara individu memproses dan berfikir perkara yang dipelajarinya.
Gaya kognitif murid-murid juga akan menentukan jenis pembelajaran mereka sama ada ia adalah auditori, visual, kinestetik dan sebagainya. Ia juga akan menentukan tahap penumpuan mereka sama ada mereka dapat memokus kepada sesuatu tugasan atau tidak
JENIS GAYA KOGNITIF
Gaya Kognitif Analisis
Sentiasa mencari suatu keputusan yang boleh diramal. Seseorang yang mempunyai pemikiran ini sentiasa bimbang jika sesuatu rancangan yang dirancang telah gagal atau sesuatu butiran telah dilupakan atau ditinggalkan.
Ciri-ciri murid-murid yang mempunyai gaya kognitif analisis adalah :
Sentiasa merancang sesuatu dengan teliti dan terperinci
Sentiasa membuat banyak set kriteria serta memilih kriteria-kriteria yang paling baik
Percaya bahawa dengan maklumat dan kajian yang cukup, setiap permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan
Satu masalah yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar murid-murid ini ialah murid-murid ini :
Murid akan menganggap diri mereka gagal apabila idea-idea yang dikemukakan oleh mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Gaya Kognitif Idealis
Sentiasa bersifat reseptif dan mengambil pendangan yang lebih luas apabila berhadapan dengan sesuatu permasalahan
Suka melibatkan diri dalam proses introspeksi diri.
Tidak melihat setiap situasi sebagai satu masalah. Bagi mereka setiap masalah boleh diatasi jika semua orang mencapai kata persetujuan dan bekerjasama
Sentiasa mempertimbangkan emosi orang lain dan suka membincangakan tentang orang lain dan masalah yang dihadapi mereka.
Gaya Kognitif Pragmatik
Pemikiran yang berpandukan pengalaman praktikal dan pemerhatian dan bukan yang berasaskan teori.
Murid yang mempunyai gaya kognitif pragmatic bertumpu kepada amalan-amalan praktikal dan bagaimana menangani sesuatu masalah dengan realistic dan logik.
Suka bereksperimentasi dan mempunyai daya inovasi yang tinggi. Mereka juga suka merangka strategi dan taktik apabila melakukan sesuatu kerja dan boleh melakukan beberapa perkerjaan pada masa yang sama. Bagi mereka pengalaman adalah guru terbaik mereka.
Tidak gemar kepada perbincangan yang abstrak dan tidak suka menilai orang lain.
Gaya Kognitif Realisme
Merfikiran secara realis menganggap dunia realiti mengikut apa yang dipaparkan oleh lima deria mereka iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuhan dan tidak bergantung kepada buku atau bahan media yang lain.
Menumpukan kepada apa yang boleh dilihat secara fizikal. Mereka suka mencari kebenaran kerana mereka menganggap dunia ini kurang sempurna.Golongan ini akan mencari fakta sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain.
Mereka juga tidak suka menulis laporan yang panjang tetapi suka menulis laporan yang ringkas dan tepat.
Gaya Kognitif Sintesis
Murid-murid yang mengamalkan gaya kognitif sintesis, mampu mencari data dan maklumat untuk menghasilkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan.
Mampu menyelesaikan sesuatu masalah kerana kebolehan pemikiran mereka lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai gaya pemikiran analisis
Mempunyai kebolehan untuk menggabungkan, mengintegrasi dan mencatumkan idea-idea. Mereka juga boleh menafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip-prinsip induksi dan deduksi
Murid-murid ini suka berfikir secara kreatif dan menganggap dunia ini sebagai sesuatu tempat yang kompleks.
GAYA PEMBELAJARAN
DEFINISI
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)
Cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.
Gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar.
Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang.
JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Gaya Pembelajaran Kinestetik
Pembelajaran yang murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu.
Murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka
Gaya Pembelajaran Global
Sentiasa berinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara. Murid ini akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang berlainan.
GayaPpembelajaran Pemerhatian Reflektif
Pembelajaran yang menggunakan pengalaman melalui membuat refleksi. Setiap pembelajaran yang dilakukan akan diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya.
Murid yang berjenis ini juga akan memikir secara mendalam dan penelitian yang teliti sebelum membuat sebarang keputusan yang muktamad.
Gaya Pembelajaran Abstrak
Transformasi maklumat menerusi pemerhatian reflektif atau pengkajian aktif. Murid yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik.
Murid lebih kepada pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula tertentu.
Gaya Pembelajaran Aktif
Menggunakan pengalaman lepas dan menggabungkannya dengan maklumat-maklumat baru dalam proses penyelesaian masalah.
Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini adalah sangat aktif dalam kuriukulum dan sukakan ujikaji yang baru baginya.
Gaya Pembelajaran Konkrit
Gaya yang memerlukan pengalaman atau bahan yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.
Murid berjenis ini juga akan menyerap segala maklumat melalui pengalaman lasngsung dengan membuat pemerhatian dan pemikiran terhadap suatu perkara
Murid jenis ini gemarkan contoh yang spesifik baginya serta setiap masalah hendaklah menjadikannya sebagai perkara yang terasing.
Gaya Pembelajaran Konvergen
Gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Murid jenis ini lebih fokus dan cekap membuat penaakulan deduktif.
Satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains, matematik dan teknologi
Gaya Pembelajaran Divergen
Berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu. Murid ini akan menjanakan seberapa banyak idea yang banyak mengenai satu topik dalam masa yang ditetapkan. Idea-idea akan dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun mengikut turutan.
Berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu topik. Sebagai contohnya,guru telah menanya soalan yang dapat membantu murid mencetus idea-idea yang bernas
Gaya Pembelajaran Auditori
Jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu.
Murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar murid –murid lain serta berbincang dengan guru.
PERBANDINGAN GAYA KOGNITIF & GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan gaya pembelajaran murid.
Dapat membantu guru-guru dan perancang-perancang kurikulum dalam merancang proses-proses pengajaran dengan lebih sistematik.Guru yang professional juga dapat mengajar dengan lebih profesional. Guru juga dapat membantu pakar kurikulum dalam merancang pengajaran efektif. Guru akan lebih peka terhadap gaya kognitif dan kesannya terhadap persekitaran P&P.
AINAA SAFWANAH BINTI AHMAD (D21121088)
PDPP PENDIDIKAN JASMANI 1
EDUP 2082 (PSIKOLOGI PENDIDIKAN)