Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN, NAMA AHLI KUMPULAN: AINA MUNAWWARAH…
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
ASAS KEBERKESANAN
Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.
FAKTOR DALAM MENGURUSKAN TINGKAH LAKU
Cara menangani masalah tersebut sebelum menjadi masalah disiplin.
Dapat menangani lebih dari 1 situasi serentak (overlapping).
Kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa.
KELEMAHAN
Agak sukar dan mencabar bagi guru untuk mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada satu masa yang sama.
Pendekatan Model Kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya.
Agak sukar bagi guru mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa.
IDEA-IDEA UTAMA KOUNIN
Overlapping (bertindih)
Satu proses di mana guru dapat menguruskan lebih daripada satu aktiviti pada satu masa yang sama.
Effective Transitions
Boleh dicapai apabila kelas beralih daripada satu aktiviti kepada yang lain tanpa membazir masa.
Salah laku dalam bilik darjah sering meningkat apabila murid bergerak dari satu tugas atau aktiviti ke aktiviti yang lain.
Aktiviti yang berkesan dapat mengekalkan kelancaran pdp dengan mengelakkan perubahan secara mendadak.
Withitness (merangkumi semua)
Istilah ini merujuk kepada keupayaan guru untuk menyedari apa yang sedang berlaku di seluruh kelas.
Momentum
Dapat mengekalkan pdp yang lancar di dalam kelas.
Ripple Effect
Kesan ini dapat dicapai apabila satu atau lebih murid memperbaiki tingkah laku mereka setelah guru membetulkan tingkah laku rakan-rakan sekelas.
Smoothness (kelancaran)
Keupayaan guru untuk meguruskan peralihan aktiviti pembelajaran secara lancar.
Keupayaan guru untuk meneruskan pengajaran tanpa gangguan.
Keupayaan guru untuk menggunakan masa pengajaran dengan sepenuhnya tanpa pembaziran semasa peralihan kelas atau aktiviti.
Group Alerting (fokus kumpulan)
Memastikan seluruh kelas berfokus pada tugasan atau aktiviti. Ini boleh dilakukan sama ada melalui komunikasi lisan atau isyarat bukan lisan.
Kepekaan guru terhadap semua murid apabila salah seorang murid sedang memberi respons terhadap soalan yang diajukan oleh guru.
PENGASAS
Seorang pakar psikologi pendidikan dari Wagne State University.
Beliau menfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pdp mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.
Jacob Sebatian Kounin (1912 - 1995)
KELEBIHAN
Titik beratkan variasi dari segi strategi dan teknik pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk belajar.
Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku turut memberikan kesan kepada murid lain di dalam bilik darjah (kesan gelombang, Ripple Effect).
Fokus terhadap pengurusan kelompok bagi mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah untuk mengawal salah laku murid.
Mengintegrasikan pengajaran dan disiplin.
Tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa singkat untuk mengawal tingkah laku murid.
NAMA AHLI KUMPULAN: AINA MUNAWWARAH BINTI ISMAIL & NURUL SYUHADA BINTI DUKI