Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER - Coggle Diagram
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
PELOPOR DAN MAKSUD
Melibatkan ganjaran dan dendaan melalui akibat peraturan yang ditetapkan.
Pengurusan bilik darjah dilakukan secara asertif iaitu berkeyakinan dan tegas.
Menekankan kepada penetapan dan penguatkuasaan peraturan dengan tegas.
Canter memfokuskan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah.
Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Pelopor: Lee Canter
Cadangan Guru Membimbing Murid ke Arah Tingkah Laku yang Diingini
Berinteraksi dengan murid yang menunjukkan salah laku.
Mewujudkan hubungan saling menghormati dan mempercayai.
Sentiasa memberikan perhatian baik dan positif kepada setiap murid.
Tiga Jenis Guru
2) Guru Tidak Asertif: menggunakan pendekatan pasif , tidak konsisten dan mengelirukan.
1) Guru Agresif: bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur.
3) Guru Asertif: mempunyai matlamat pengurusan jelas, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan.
Kekuatan Model
Tindakan ke atas tingkah laku murid dan bukan ke atas watak atau personalitinya.
Memanfaatkan guru dimana sebaik sahaja pelan dsiplin terbentuk dan diluluskan pihak pentadbir, guru hanya merujuk maklumat sedia ada untuk menangani masalah tingkah laku murid yang berlaku.
Apabila peraturan dilanggar, guru boleh menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif.
Kelemahan Model
Kejayaan mencegah murid daripada melakukan salah laku tidak boleh dianggap keberkesanan program disiplin.
Mewujudkan persekitaran belajar yang bersifat autoritarian dimana murid hanya akur dan patuh terhadap kehendak guru.
Murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang timbul.