Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KRONOLOGI TENTANG PERKEMBANGAN KURIKULUM DI MALAYSIA BERMULA DARIPADA KLSR…
KRONOLOGI TENTANG PERKEMBANGAN KURIKULUM DI MALAYSIA BERMULA DARIPADA KLSR HINGGALAH KSSR.
KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara.
Persamaan
1) Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2) KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum.
KBSR
Organisasi Kurikulum
Tahap I ( Tahun 1,2 & 3)
Mata pelajaran Teras, wajib dan tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
Bermula dari hingga 1983 hinggalah 2010
Fokus
3M
Membaca
Menulis
Mengira
Bahan Kurikulum
Sukata Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran
Elemen
Elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Reka bentuk Kurikulum
linear berasaskan 3 bidang: komunikasi, manusia dan alam kelilingnya, perkembangan diri individu
KSSR
Bermula dari tahun 2011 hinggalah sekarang
Organisasi Kurikulum
Tahap I ( Tahun 1,2 & 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
Mata Pelajaran Teras & Elektif
Fokus
4M
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul
Bahan Kurikulum
Dokumen Standard Kurikulum
Elemen
Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (TMK) secara eksplisit
Reka bentuk Kurikulum
Modular berasaskan 6 tunjang: komunikasi,kerohanian ;sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi, keterampilan diri
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSR adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.